
INDUSTRI perniagaan di seluruh dunia kini semakin maju seiring dengan peredaran zaman serba canggih.
Kemudahan teknologi dan media sosial juga dilihat antara platform yang sering digunakan demi mendapatkan keuntungan besar.
Ia jelas dapat dilihat di sebuah pusat beli-belah di China yang sudah memulakan langkah menjual secara hibrid.
Mall kat china dah jadi hybrid, orang boleh walk in shopping but at the same time semua kedai dah convert jadi livestream studio. Top host live 4-5 jam dapat sales sampai Rm40 juta pic.twitter.com/KpGlzN6vmz
— Khairulaming (@khairulaming) April 22, 2025
Menerusi video dimuat naik pempengaruh dan pencipta kandungan terkenal, Khairul Aming, beberapa penjual di dalam pusat beli-belah berkenaan sedang membuat siaran langsung untuk mempromosikan produk mereka.
Meskipun terdapat jenama-jenama besar, mereka tetap menggunakan cara tersebut sama seperti pengusaha-pengusaha kecil di Malaysia.
"Pusat beli-belah dah jadi hibrid. Orang boleh walk in berbelanja tetapi pada masa sama semua kedai dah bertukar jadi studio siaran langsung.
"Top host buat live empat hingga lima jam dapat untung sampai RM40 juta," tulisnya.
Rata-rata warganet yang menonton video tersebut turut memberi pandangan dan jangkaan terhadap industri perniagaan tempatan sekiranya mengambil langkah sama.
"Saya masuk dalam kedai-kedai kecil di luar bandar buat macam ini juga. Bukan kedai di pusat beli-belah sahaja.
"Deretan kedai yang biasa pun buat siaran langsung," komen @finisaini.
"Kita semua perlu buat begini. Masa bulan puasa ramai mengeluh tak ada untung. Semua beli dalam talian," tambah @comeforthetea.
Malaysia juga tidak mustahil akan setanding dengan negara luar lain pada masa akan datang. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram