
SEORANG kanak-kanak tidak menyangka akan mendapat rezeki terpijak oleh pempengaruh media sosial terkenal di Indonesia, Willie Salim baru-baru ini.
Berdasarkan video tular sejak Isnin, peristiwa itu berlaku ketika Willie dan pasukannya sedang membuat aktiviti untuk melibatkan penduduk di Bengkulu, Indonesia.
Kanak-kanak lelaki yang hanya dikenali sebagai AP itu dilihat naik ke atas pentas sambil memegang satu lukisan tertera tulisan 'selamat 69 juta pengikut' berserta gambar Willie.
BACA LAGI: Penting daftar khairat kematian, lelaki kongsi pengalaman urus jenazah pak cik bukan warganegara
BACA LAGI: Perut budak umur 3 tahun tiba-tiba memboyot, seminggu sembelit rupa-rupanya penuh cacing
Ini vidio pas willie salim kasih hadiah ke adik yg telah berbohong ini pic.twitter.com/NjfG4N1jGm
— Kegoblogan.Unfaedah (@kegblgnunfaedh) April 12, 2025
Dalam video sama, seorang wanita dipercayai ibunya memberitahu Willie bahawa lukisan tersebut dihasilkan oleh abang AP.
AP kemudiannya memilih telefon pintar selepas ditawar dan diberi pilihan lain iaitu menunaikan umrah.
Lebih meraih perhatian apabila AP dilihat menangis teresak-esak ketika menerima gajet tersebut daripada Willie.
Bagaimanapun AP didakwa berbohong selepas beberapa hari video tersebut tular di media sosial.
Terdapat dakwaan mengatakan lukisan itu bukanlah dihasilkan abangya, malah merupakan milik seseorang tidak dikenali ketika acara terbabit.
Dakwaan itu juga mengatakan bahawa AP hanya membantu membawa lukisan itu ke pentas kerana pemiliknya tidak dapat bergerak disebabkan badannya yang besar.
Namun, belum ada maklumat lanjut dijelaskan Willie Salim berhubung dakwaan tersebut setakat ini. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram