[VIDEO] 'Hitman Kulim' rompak emas RM1.17 juta di Thailand kini diburu PDRM kerana 2 jenayah berat


  • 112
  • Isnin, 14 Apr 2025

Bun Long ditahan oleh pihak berkuasa Thailand di daerah Nonthaburi, Bangkok pada 9 April lalu, iaitu sehari selepas beliau dilaporkan melakukan rompakan bersenjata di Plaza Hat Yai pada pukul 11.50 pagi 8 April lalu. — Agensi

LELAKI warga Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Thailand selepas merompak sebuah kedai emas di Hat Yai memiliki 10 rekod jenayah lampau dan merupakan individu dikehendaki polis Malaysia kerana dua kes jenayah berat dilakukan di dalam negara.

Mengesahkan mengenai perkara tersebut ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Menurut beliau, lelaki berusia 62 tahun dikenali sebagai Yee Boon Long, berasal dari Kulim, Kedah itu, dikesan mempunyai dua rekod dikehendaki Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan kes bunuh dan Seksyen 3(1) Ordinan Darurat 1969.

BACA LAGI: Harga berpatutan, hidangan pantas resipi bisnes nasi daun pisang anak Kedah berkembang, cecah pendapatan RM70 juta

BACA LAGI: Obsesi baharu bilionair China jaga masa depan negara

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Razarudin berkata, siasatan terhadap kes jenayah yang dilakukan lelaki terbabit di Malaysia sedang diperhalusi sebelum sebarang tindakan ekstradisi dilaksanakan.

“Buat masa ini, kita serahkan kepada pihak berkuasa Thailand untuk menjalankan siasatan ke atas suspek yang ditahan selepas menyamun sebuah kedai emas di Hat Yai.

“Suspek kini ditahan di lokap Hatyai dan siasatan menyeluruh sedang dijalankan oleh pihak berkuasa negara itu.

“PDRM sedang teliti rekod kes di Malaysia sebagai langkah awal ke arah proses ekstradisi,” katanya.

Dalam laporan sama, Razarudin berkata, suspek dikesan tidak lagi menetap di Malaysia dan dipercayai menyembunyikan identiti menggunakan dokumen palsu.

Ujarnya, hasil pemeriksaan mendapati suspek memiliki kad pengenalan palsu Thailand.

"Tiada MyKad atau pasport Malaysia ditemui semasa tangkapan dilakukan,” katanya.

Sebelum ini, pihak berkuasa Thailand mengesahkan penahanan suspek di daerah Nonthaburi, Bangkok pada 9 April lalu, iaitu sehari selepas beliau dilaporkan melakukan rompakan bersenjata di Plaza Hat Yai pada pukul 11.50 pagi.

Siasatan awal mendapati suspek menaiki motosikal ke lokasi kejadian dan melarikan diri dengan bas ke stesen Mochit, Bangkok sebelum cuba menuju ke rumah anaknya di Nonthaburi dengan menaiki teksi.

Suspek ditahan dengan beberapa barangan bukti termasuk emas, sepucuk pistol dan beberapa butir peluru. — The Star/ FARIK ZOLKEPLI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram