
PENDUDUK di sebuah apartment di Gujarat, Ahmedabad, India cemas ekoran kebakaran besar yang berlaku di tingkat tujuh bangunan tersebut pada Jumaat.
Dalam pada itu, insiden tersebut turut menyaksikan detik-detik cemas menyelamat seorang ibu bersama dua anak kecilnya yang terperangkap di tingkat empat kediaman bertingkat tersebut.
Klip menakutkan tersebut turut tular di media sosial memaparkan tindakan berani wanita terbabit ketika usaha menyelamat kedua-dua anaknya.
BACA LAGI: Obsesi baharu bilionair China jaga masa depan negara
Pada awalnya, penduduk difahamkan hanya menyedari mengenai keberadaan ibu bersama dua orang anak itu yang berada di tingkat empat selepas mendengar tangisan wanita terbabit yang meminta pertolongan.
Pada ketika itu, tingkat empat bangunan terbabit dilapor sudah diselubungi dengan asap tebal akibat kebakaran yang berlaku.
Scary visuals from Ahmedabad fire tragedy pic.twitter.com/1WfM4HnrpY
— Che_ಕೃಷ್ಣ (@ChekrishnaCk) April 11, 2025
Menyedari mengenai situasi terjadi, penduduk kemudiannya mengambil risiko dengan meminta wanita berkenaan supaya melepaskan anaknya turun dari tingkat empat ke bahagian bawah kepada beberapa penduduk yang bersedia menyambut mereka di tingkat tiga.
Tanpa berfikir panjang, ibu berkenaan kemudiannya bertindak berani dengan menurunkan anaknya seorang demi seorang untuk disambut oleh orang ramai yang berada di tingkat bawah.
Situasi getir menyelamat itu turut dirakam oleh orang awam yang berada di lokasi.
Media tempatan melaporkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kebakaran itu, yang berpunca daripada litar pintas di saluran elektrik Blok C di apartment berkenaan.
Seramai 18 orang mangsa diselamatkan oleh anggota bomba dan dibawa keluar dari bangunan terbabit. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram