Dua letupan bom di Pattani cederakan 9 anggota polis


  • Benua
  • Jumaat, 14 Mac 2025

Dua letupan bom di daerah Maelan, wilayah Pattani, selatan Thailand, mencederakan sembilan anggota polis awal pagi Jumaat. —Gambar/Agensi

DUA letupan bom di daerah Maelan, wilayah Pattani, selatan Thailand, mencederakan sembilan anggota polis awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Maelan, Kolonel Pol Panya Utapao, berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 8:50 pagi (waktu tempatan) ketika pasukan polis sedang menjalankan rondaan keselamatan di Kampung Pelakprue, subdaerah Muang Tia.

"Pada waktu itu, pasukan polis sedang meronda dengan menaiki tiga motosikal dan sebuah kenderaan pacuan empat roda. 

BACA LAGI : [VIDEO] Warga emas 85 tahun pandu lawan arus di Linkedua rupanya tersilap laluan pulang ke rumah, sempat kehabisan minyak

BACA LAGI : [VIDEO] Perompak bertopeng dan berparang mati ditembak di Sepang berbahaya, guna MO pulang ke negara asal lepas buat jenayah — Polis

"Tiba-tiba, berlaku satu letupan yang mencederakan sembilan anggota bertugas," katanya pada Jumaat.

Jelas beliau lagi, kira-kira 20 minit kemudian, satu lagi letupan bom berlaku di tepi jalan berdekatan.

"Siasatan awal mendapati kedua-dua bom dipasang pada tiang elektrik di tepi jalan," katanya.

Panya mengesahkan bahawa semua anggota polis yang cedera dibawa ke Hospital Maelan untuk mendapatkan rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Menurutnya, pihak polis sedang giat menjalankan siasatan bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab dalam kejadian tersebut.

Serangan itu berlaku kurang seminggu selepas seluruh negara digemparkan dengan insiden beberapa letupan bom dan tembakan di wilayah Narathiwat dan Pattani yang meragut lima nyawa serta mencederakan 13 yang lain pada 8 Mac lalu. — The Star 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram