Hasil laporan terkini PBB, wanita sedunia cuma layak memiliki 64 peratus hak berbanding lelaki yang memegang hak penuh


  • Benua
  • Rabu, 12 Mac 2025

Wanita hanya mempunyai 64 peratus berbanding hak yang dimiliki oleh lelaki.

MENURUT laporan yang disediakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai hal ehwal semasa wanita sedunia, secara amnya golongan hawa hanya mempunyai 64 peratus daripada hak penuh yang dimiliki oleh lelaki.

Dalam tempoh 30 tahun sejak Deklarasi Beijing, perancangan untuk mencapai kesaksamaan jantina telah dipersetujui oleh kerajaan 189 negara.

Sebanyak 1,531 pembaharuan yang bertujuan memperkasakan Wanita telah dilaksanakan di seluruh dunia.

Sejumlah 393 juta wanita dan gadis di seluruh dunia kini hidup dalam kemiskinan tegar.

Keganasan seksual di zon konflik menyaksikan 95 peratus mangsa adalah wanita dan kanak-kanak perempuan, namun angka kian berkurangan sehingga separuh sejak 2022.

BACA LAGI: Sweden, Iceland antara negara terbaik buat wanita berhasrat kerja di luar negara

BACA LAGI: Rupanya 5 filem popular ini sentuhan magis pengarah wanita, bawa naratif kisah perjuangan, lawan stereotaip sosial

Hampir satu perlima daripada semua wanita yang sudah berkahwin berkahwin semasa kanak-kanak. Satu daripada tiga mengalami keganasan fizikal atau seksual.

Sementara itu, jurang jantina di tempat kerja kekal tidak berubah selama beberapa dekad. Hanya 63 peratus sahaja wanita bekerja, berbanding lelaki sebanyak 92 peratus.

Pada masa sama, bilangan wanita yang melakukan kerja rumah, penjagaan anak dan lain-lain kerja tanpa gaji; melebihi lelaki pada peratusan 2.5. 

Walaupun bilangan wanita di parlimen meningkat dua kali ganda, namun ia masih dianggap suku daripada kerusi keseluruhan. Hanya 87 negara di seluruh dunia pernah dipimpin oleh wanita.

Setiausaha Agung PBB António Guterres menyatakan bahawa diskriminasi terhadap wanita kian diburukkan lagi dengan ancaman baru.

Walaupun era pendigitalan menawarkan banyak peluang, ia juga sering melenyapkan suara wanita, mencetus prasangka dan menyemarakkan keganasan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram