Sweden, Iceland antara negara terbaik buat wanita berhasrat kerja di luar negara


  • Relaks
  • Selasa, 11 Mac 2025

Kadar wanita bekerja di Sweden meningkat lebih 82 peratus, sementelah 37.7 peratus kerusi lembaga pengarah dipegang oleh kaum Hawa. — Gambar hiasan

SEBAGAI penghormatan terhadap Hari Wanita Antarabangsa, The Economist mengeluarkan indeks siling kaca tahunannya yang menganalisis keadaan kerja bagi wanita di 29 negara yang tergolong dalam Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).

Negara-negara ini dinilai berdasarkan sepuluh kriteria berikut:

1. Tahap pendidikan tinggi

2. Jumlah wanita yang mengambil peperiksaan GMAT (Ujian Kemasukan Pengurusan Siswazah)

3. Kadar penyertaan wanita dalam tenaga kerja

4. Jurang gaji antara lelaki dan wanita

5. Peratusan wanita dalam jawatan pengurusan

6. Peratusan wanita dalam lembaga pengarah syarikat

7. Penyertaan wanita dalam kerajaan

8. Kos bersih penjagaan kanak-kanak

9. Cuti bergaji untuk ibu

10. Cuti bergaji untuk bapa

BACA LAGI: Didik gadis autonomi tubuh usaha atasi perkahwinan bawah umur, elak jadi mangsa manipulasi

BACA LAGI: [VIDEO] 'Businessman' jarang romantik, Shahida kongsi pro dan kontra nikah ahli perniagaan

Berdasarkan pendedahan dibuat oleh The Economist yang dipetik CNBC, beberapa negara Nordik mendapat kedudukan tinggi dalam indeks siling kaca termasuk Finland, Denmark, Norway, Sweden dan Iceland terus memberi keutamaan kepada pendidikan tinggi untuk wanita, peluang pekerjaan, kenaikan pangkat serta manfaat cuti ibu bapa dan jadual kerja yang fleksibel..

Oleh itu, jom kita lihat tiga negara terbaik buat wanita yang bercita-cita untuk kerja di luar negara:

Dengan keluasan sebanyak 449,964 km², Sweden merupakan negara ke-3 terbesar di Eropah Barat. — Tallink

1. Sweden

Sweden kini menduduki tangga teratas sebagai negara terbaik untuk wanita bekerja, menamatkan dominasi dua tahun Iceland. Jurang gaji antara jantina di Sweden adalah 7.3 peratus, lebih rendah daripada purata OECD (11.4 peratus).

Kadar wanita bekerja meningkat kepada lebih 82 peratus, dengan 43.7 peratus jawatan pengurusan dan 37.7 peratus kerusi lembaga pengarah dipegang oleh wanita.

Dalam politik, wanita memegang 46.7 peratus kerusi kerajaan, jauh lebih tinggi daripada purata OECD. Sweden juga mengekalkan kedudukan dalam 10 teratas dalam laporan jurang jantina sejak 2006.

Pada 2023, purata gaji bulanan wanita adalah 90 peratus daripada lelaki. Selain itu, Sweden merupakan negara pertama yang menggantikan cuti bersalin dengan cuti bagi kedua-dua ibu bapa.

Iceland merupakan negara di mana pendidikan dan perubatan percuma dan tiada restoran makanan segera popular atau sel penjara. — Britannica

2. Iceland

Sweden mengatasi Iceland sebagai negara terbaik untuk wanita bekerja, tetapi kedua-duanya masih unggul dalam kesaksamaan jantina.

Kejatuhan Iceland ke tempat kedua disebabkan penurunan wanita dalam jawatan pengurusan. Namun, Iceland tetap terkenal sebagai negara feminis dengan jurang gender yang kecil.

Salah satu faktor yang menyebabkan Iceland jatuh ke tempat kedua ialah peratusan wanita dalam jawatan pengurusan, yang menurun daripada 39.6 peratus kepada 36.8 peratus.

Finland disenaraikan sebagai negara dengan penduduk paling bahagia di dunia buat tahun ketujuh berturut-turut, menurut Laporan Kebahagiaan Dunia. — Voyager

3. Finland

Menurut MSN, Finland adalah salah satu negara yang banyak melabur dalam menyokong wanita dalam kerjaya mereka.

Dengan akses mudah kepada penjagaan kanak-kanak dan dasar kerja yang fleksibel, wanita di Finland dapat mengimbangi kerjaya dan keluarga tanpa tekanan.

Syarikat di Finland juga mengamalkan waktu kerja yang fleksibel, membolehkan pekerja menyesuaikan jadual mengikut keperluan peribadi mereka.

Semua ini dilakukan tanpa menjejaskan produktiviti atau komitmen terhadap kerja. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp