
SERAMAI 15 orang cedera selepas sebuah jet pejuang milik Tentera Udara Korea Selatan secara tidak sengaja menjatuhkan bom di kawasan perumahan semasa latihan ketenteraan di Pocheon, Korea Selatan pada Khamis.
Jabatan Bomba Gyeonggi-do Bukbu berkata, kejadian itu juga menyebabkan kerosakan pada beberapa rumah dan sebuah gereja.
Menurutnya, lokasi latihan itu terletak kira-kira 40 kilometer (25 batu) timur laut Seoul, berhampiran sempadan aman dengan Korea Utara.
BACA LAGI: Harga santan naik hanya sementara, rakyat jangan panik — Mat Sabu
BACA LAGI: Tingkat kerjasama strategik, perkukuh pemantauan bendung ancaman perjudian online
Jet Pejuang Korea Selatan Tersilap Gugurkan Lapan Bom MK-82
PADA 6 Mac 2025, sebuah jet pejuang KF-16 milik Tentera Udara Korea Selatan secara tidak sengaja menjatuhkan lapan bom MK-82 ke kawasan awam di Pocheon, berhampiran sempadan dengan Korea Utara, semasa latihan bersama… pic.twitter.com/gsJKgMPwX3
— MYNEWSHUB (@mynewshub) March 6, 2025
Dalam pada itu, Tentera Udara Korea Selatan berkata, sebanyak lapan bom MK82 seberat 500 paun (225 kilogram) daripada jet pejuang KF-16 jatuh dan meletup di luar kawasan latihan di Pocheon.
Insiden itu juga mencederakan 13 orang awam termasuk seorang warga Thailand dan seorang lagi warga Myanmar serta dua tentera.
"Kami memohon maaf atas kerosakan disebabkan oleh kemalangan ini dan berharap mangsa yang cedera cepat sembuh," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Mereka juga memaklumkan bahawa siasatan sedang dijalankan berhubung insiden itu.
Setakat ini, penduduk berhampiran lokasi kejadian dipindahkan sementara pihak berkuasa membuat pemeriksaan sekiranya terdapat sebarang bom yang tidak meletup. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram