Sesi memancing bertukar tragedi, lelaki diserang buaya masa tabur umpan di Sandakan


  • 112
  • Khamis, 27 Feb 2025

Pihak bomba dalam usaha mencari mangsa yang masih hilang.

SEORANG lelaki berusia 50 tahun didapati hilang selepas dia diserang seekor buat di sebuah sungai dekat Sandakan, Sabah.

Lelaki tersebut dilaporkan hilang pada Khamis ketika hendak memancing di Sungai Batang Baru, berdekatan Batu 10, Sandakan.

Menurut saksi kejadian, lelaki tersebut dilihat sedang menabur umpan ke dalam sungai sebagai persiapan sebelum memancing.

BACA LAGI: Pelajar Tingkatan 5 meninggal dunia sebaik lepasi garisan penamat merentas desa di Sungai Petani

BACA LAGI: Ada unsur abai, polis ambil keterangan ibu bapa Hud Aryan

Secara tiba-tiba, seekor buaya menerpa ke arahnya lalu menariknya ke dalam air.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Severinus @ Mohd Nidzam Sainkui berkata, panggilan kecemasan diterima pihaknya pada 5.40 petang dengan komander Chauslim Sunsubin diarahkan mengetuai misi menyelamat yang turut dianggotai oleh tujuh ahli lain.

"Pasukan sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat," katanya.

Sehingga kini, mangsa belum lagi dapat ditemukan dengan pihak berkuasa meminta orang ramai berhati-hati ketika melakukan aktiviti di kawasan yang dipenuhi buaya. — The Star/SANDRA SOKIAL

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram