[VIDEO] Pemuda dihempap batu ketika mandi air terjun, selepas 4 tahun baru tahu hanya patah tulang selangka


  • Benua
  • Khamis, 06 Feb 2025

Tangkap layar Hamlet mengalami kecederaan serius selepas dihentam batu besar yang tiba-tiba menggelongsor dari puncak tebing di kawasan air terjun pergunungan Tubagua

AKTIVITI berkelah sering menjadi pilihan orang ramai untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan, namun ia boleh bertukar menjadi tragedi jika aspek keselamatan tidak diberi perhatian.

Apatah lagi dengan keadaan cuaca yang tidak menentu dan bagi mereka yang ingin berlibur di kawasan air terjun perlu lebih peka dan berhati-hati dengan keadaan sekeliling.

Seorang pengguna media sosial, X (Twitter), @Carlos_Mig pada Rabu berkongsi kisah tragedi menakutkan yang hampir meragut nyawa seorang pengunjung ketika mandi manda di kawasan air terjun.

BACA LAGI: [VIDEO] Leka jawab panggilan telefon ketika bertugas, pekerja kilang di Pakistan maut 'ditelan' mesin kertas

BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu Alza langgar mati pelajar cemerlang negatif dadah, dibebas dengan jaminan polis

Menurut Carlos, kejadian itu berlaku di pusat peranginan El Charco de Los Militares, Republik Dominika empat tahun lalu.

Namun, kejadian yang berlaku di kawasan pergunungan Tubagua itu masih segar dalam ingatan mereka yang menyaksikannya.

Jelas Carlos, pengunjung yang hanya dikenali sebagai Hamlet mengalami kecederaan serius selepas dihentam batu besar yang tiba-tiba menggelongsor dari puncak tebing.

Dalam video yang dikongsikan itu memaparkan Hamlet sedang bersuka ria bersama rakan-rakannya yang lain sebelum tiba-tiba ditimpa batu lalu menyebabkan mangsa jatuh ke dalam air.

Menurut Carlos, Hamlet bernasib baik kerana hanya patah tulang selangka dan mengalami luka kecil di muka.

Sementara itu, memetik laporan berita antarabangsa, kejadian itu menjadi peringatan kepada pelancong dan penduduk setempat mengenai bahaya runtuhan batu di kawasan berbukit serta kepentingan langkah keselamatan ketika mengunjungi destinasi semula jadi.

Difahamkan, Hamlet telah dikejarkan ke hospital selepas pihak berkuasa menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu daripada orang awam.

Pihak berkuasa tempatan turut mengambil langkah-langkah pencegahan bagi memastikan insiden serupa tidak berulang.

Walaupun peristiwa itu telah lama berlalu, ia tetap dikenang, terutama oleh mereka yang menyaksikannya.

Kejadian tersebut mengingatkan warga maya tentang pentingnya berwaspada ketika beraktiviti di kawasan berisiko tinggi. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram