
ARAB Saudi secara tegas menolak cadangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk mengambil alih Gaza dan memindahkan penduduk Palestin.
Kementerian Luar Arab Saudi menegaskan bahawa pihaknya tidak sesekali bertolak ansur dengan Israel untuk memerdekakan Palestin.
Pihaknya dalam satu kenyataan menekankan pendirian teguhnya terhadap Palestin selepas mendengar cadangan Trump untuk menempatkan rakyat Palestin di lokasi lain.
BACA LAGI: Perang di Gaza berakhir, laungan takbir iringi perjanjian gencatan senjata
BACA LAGI: [VIDEO] Muka tersembam atas trek, juara dunia MotoGP kemalangan di litar Sepang
Trump memberi cadangan yang sekali gus membangkitkan kemarahan ramai. — Agensi
"Kerajaan Arab Saudi secara mutlak menolak sebarang pencabulan hak sah rakyat Palestin termasuk percubaan untuk memindahkan mereka secara paksa, mencuri tanah Palestin atau meneruskan perluasan penempatan haram," katanya.
Trump sebelum ini menyatakan cadangan usaha pembinaan semula Gaza yang diketuai AS kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Rumah Putih.
Cadangan itu dianggap boleh mengubah kawasan yang dilanda perang menjadi suatu kebanggaan seluruh Timur Tengah.
Trump juga menyatakan rancangan bahawa rakyat Palestin tidak seharusnya pulang ke rumah mereka dan sebaliknya ditempatkan semula di negara lain.
"Saya tidak fikir mereka harus kembali. Gaza bukan tempat untuk orang tinggal," katanya sambil mencadangkan Mesir dan Jordan untuk mengambil penduduk Palestin.
Cadangan itu sekali gus ditolak oleh sekumpulan besar negara Arab serta Asia termasuk Malaysia dan China. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram