ANGKATAN Udara Korps Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) memperkenalkan sebuah dron yang sangat kuat diberi nama Gaza pada Ahad.
Dron itu diumumkan semasa latihan ketenteraan berskala besar yang dikenali sebagai Great Prophet Authority untuk memberi penghormatan kepada wilayah Palestin yang musnah akibat peperangan selama 15 bulan.
Dron Gaza mempunyai panjang sayap sepanjang 22 meter dan berat lepas landas sebanyak 3,100 kilogram.
BACA LAGI: [VIDEO] Ajal di tiang telekomunikasi, juruteknik maut tersentuh kabel berkuasa tinggi di Jawa Timur
BACA LAGI: [VIDEO] Gara-gara berebut angpau, 4 maut sesak nafas kena himpit di Kemboja
Dron baharu itu mempunyai ketahanan untuk terbang selama 35 jam dan kelajuan penerbangan mencapai 350 kilometer sejam (km/j).
Kapasiti muatan dron Gaza sekurang-kurangnya 500 kilogram sehingga membolehkannya membawa sebanyak 13 bom.
Dron itu mempunyai jarak penerbangan sejauh 1,000 km dan radius operasi sejauh 4,000 km.
Dalam satu operasi gabungan yang dilaksanakan semasa latihan ketenteraan tersebut, Angkatan Udara IRGC telah berjaya memusnahkan lapan sasaran dengan tepat menggunakan dron Gaza untuk kali pertama.
Panglima Tentera Laut IRGC, Laksamana Muda Alireza Tangsiri turut mendedahkan pada Ahad bahawa dron buatan tempatan canggih yang dikendalikan oleh pasukan elitnya telah melancarkan peluru berpandu yang dilengkapi dengan keupayaan kecerdasan buatan (AI) semasa latihan ketenteraan besar-besaran yang berlangsung di Teluk Parsi. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram