Carcosa Seri Negara hidup semula, ikon sejarah kembali bersinar


  • Primer
  • Isnin, 03 Feb 2025

Selepas hampir enam tahun ditutup, kerajaan merancang untuk membuka semula Carcosa Seri Negara bagi menjadi tuan rumah kepada delegasi berpangkat tinggi semasa Malaysia mempengerusikan Asean tahun ini.

SELEPAS hampir enam tahun ditutup, kerajaan merancang untuk membuka semula banglo bersejarah Carcosa Seri Negara bagi menjadi tuan rumah kepada delegasi berpangkat tinggi semasa Malaysia mempengerusikan Asean tahun ini.

Untuk rekod, bangunan bersejarah itu telah ditutup sejak 1 Jun 2019 selepas Kerajaan Persekutuan mengambil alih premis itu daripada pihak ketiga.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, beliau telah berbincang dengan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, mengenai rancangan untuk mengadakan majlis minum petang bersama para delegasi persidangan di bangunan berkenaan pada bulan Oktober ini.

BACA LAGI: [VIDEO] Leka jawab panggilan telefon ketika bertugas, pekerja kilang di Pakistan maut 'ditelan' mesin kertas

BACA LAGI: [VIDEO] Nasib tak kena telan, gadis duyung hampir dimakan ikan gergasi dalam akuarium di China

Exclusive interview with Zaliha 1) on her one year with JWP 2) on FT Day cover at Minister's office - Menara Seri Wilayah - Presinct 2, Putrajaya. — YAP CHEE HONG/The Star

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa.

Sebagai ahli jawatankuasa utama, Dr. Zaliha berkata, 180 daripada 300 acara berkaitan Asean akan diadakan di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Carcosa Seri Negara adalah salah satu aset berharga Kuala Lumpur, sama seperti Bangunan Sultan Abdul Samad di Jalan Raja.

"Ia perlu dipulihkan dan dihidupkan semula supaya masyarakat dapat menikmatinya,” katanya dalam satu temu bual khas bersama StarMetro baru-baru ini.

Carcosa dan Seri Negara adalah dua banglo era kolonial yang terletak di atas tanah seluas 13.3 hektar berdekatan Taman Botani Perdana di ibu kota.

Carcosa, yang dibina pada tahun 1896, merupakan kediaman rasmi Residen Jeneral pertama bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Sir Frank Swettenham, manakala Seri Negara, yang dibina pada tahun 1913, berfungsi sebagai rumah tetamu untuk kerabat diraja dan tetamu kenamaan.

Kedua-dua bangunan tersebut telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Negara di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.

Hak penjagaan bangunan itu juga telah dipindahkan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) pada Jun 2019 oleh Ketua Pengarah Jabatan Tanah dan Galian, di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

To check out the condition of Carcosa Seri Negara. Starpix by Low Lay Phon

Carcosa dan Seri Negara adalah dua banglo era kolonial yang terletak di atas tanah seluas 13.3 hektar berdekatan Taman Botani Perdana di ibu kota.

Jelas Zaliha lagi, pada ketika ini, beliau tidak pasti mengenai keadaan semasa Carcosa Seri Negara.

"Tetapi saya berharap kita dapat menggunakannya dalam masa terdekat kerana ia akan menjadi latar belakang yang indah untuk acara pada bulan Oktober.

"Rancangan ini juga bergantung kepada jumlah kerja pemulihan yang perlu dilakukan untuk menyiapkan lokasi tersebut,” katanya.

Zaliha turut berharap agar kedua-dua bangunan ini serta Bangunan Sultan Abdul Samad dapat siap menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Selain peruntukan awal sebanyak RM20 juta yang telah diperuntukkan dalam Belanjawan 2025, kerajaan turut menyediakan tambahan sebanyak RM600 juta untuk memastikan projek pemulihan dapat dilaksanakan.

"Dana ini akan digunakan bagi kerja-kerja pemulihan Bangunan Sultan Abdul Samad dan Carcosa Seri Negara," katanya.

An aerial view of Carcosa Seri Negara building. Ñ IZZRAFIQ ALIAS/The Star

Carcosa dan Seri Negara telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Negara di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.

Pada masa sama, Zaliha turut menegaskan bahawa pemeliharaan bangunan bersejarah itu adalah penting untuk generasi akan datang.

Menurutnya, projek seperti Kuala Lumpur Creative and Cultural District (KLCCD) telah membantu menghidupkan semula mercu tanda bersejarah, selari dengan visi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang telah membawa kepada pelantikan Amir Hamzah dan beliau sebagai pengerusi bersama projek tersebut.

"Perdana Menteri sendiri amat prihatin terhadap keadaan struktur-struktur bersejarah ini dan pemulihannya adalah salah satu keutamaan kami," ujarnya.

Projek pemulihan itu dikendalikan oleh dana kekayaan berdaulat, Khazanah Nasional, melalui anak syarikatnya, Think City, dan merangkumi 10 inisiatif utama.

Pelan induk KLCCD menghubungkan pelbagai kawasan di Kuala Lumpur, dengan memberi tumpuan kepada mercu tanda utama seperti Dataran Merdeka dan Masjid Jamek.

Di sekitar teras pusat bandar tersebut terdapat zon penampan yang merangkumi tapak-tapak seperti Merdeka 118 dan Kampung Attap, serta taman-taman ikonik seperti Taman Tugu dan Taman Botani Perdana.

Pusat bandar Kuala Lumpur dibahagikan kepada lima presint iaitu Presint Sivik, Jalan Petaling, Segitiga Warisan, Pendidikan dan Beli-Belah Tradisional. — The Star/BAVANI M

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram