PEMAIN tengah muda Selangor FC II, Haykal Danish Mohd Haizon berjaya mencuri tumpuan penyokong Gergasi Merah selepas menampilkan persembahan yang cukup memukau aksi bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) II saingan Piala MFL 2024 pada Isnin.
Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Johor itu menyaksikan kedua-dua pasukan sekadar berpuas hati apabila terikat dengan keputusan 1-1.
JDT berjaya mengikat Selangor pada penghujung permainan hasil jaringan pemain naturalisasi Harimau Malaya, Romel Morales selepas ketinggalan 0-1 pada awal babak kedua menerusi gol Haykal Danish.
BACA LAGI: Raih 3 mata di Likas atas bantuan senior, fans The Rhinos cabar kualiti 'ubi muda'
BACA LAGI: Buru 3 mata, trio lokal jadi taruhan Sang Penyu runtuhkan kubu Shan United
Bintang muda Selangor FC II, Haykal Danish Mohd Haizon.
Manisnya aksi tersebut, Haykal berjaya menempah nama apabila menjadi pemain yang berjaya merobek gawang pendahulu liga itu.
Berikutan prestasi cemerlangnya, 'ekor' Gergasi Merah berharap agar pihak pengurusan Selangor melanjutkan kontrak pemain berusia 20 tahun itu bagi mengelakkan disambar kelab lain.
"Ikat enam tahun teruslah, jangan tidurlah pengurusan Selangor, nanti kelab lain sambar jangan menangis pula," kata Muhammad Faizal.
"Ikat kontrak panjang dan ketat, mungkin sesebuah kelab sedang menunggu dan bersedia untuk rembat," kata Kin Ng.
"Terbaik Selangor, 'ubi muda' Selangor memang padu, tak pernah mengecewakan," kata Khabib Chikonz.
Keputusan seri itu menyaksikan JDT masih kekal di puncak carta Piala MFL dengan 38 mata, hanya satu mata mengatasi Selangor namun Gergasi Merah masih memiliki satu aksi di dalam tangan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram