[VIDEO] Misteri jet pejuang F-35 tiba-tiba terhempas di Alaska, mujur juruterbang terselamat


  • Benua
  • Rabu, 29 Jan 2025

Juruterbang yang selamat itu dibawa ke Hospital Tentera Bassett untuk rawatan lanjut.

SEBUAH jet pejuang F-35 Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) terhempas semasa latihan di Pangkalan Tentera Udara Eielson, Alaska pada Selasa.

Menurut laporan, juruterbang tersebut berjaya menyelamatkan diri dengan menggunakan payung terjun dan dihantar ke Hospital Tentera Bassett untuk rawatan lanjut.

Satu rakaman video kejadian juga tular di media sosial menunjukkan pesawat tercanggih AS tersebut dilihat turun secara menegak sebelum terbalik dan terhempas.

BACA LAGI: [VIDEO] Buaya dikesan ketika banjir, warga Bintulu dinasihat pantau anak-anak

BACA LAGI: [VIDEO] Nahas malam Tahun Baharu Cina, rider superbike jadi mangsa langgar lari di Nilai

Punca sebenar begitupun masih dalam siasatan.

Menurut Komander 354th Fighter Wing Kolonel AS, Paul Townsend, Tentera Udara akan menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang.

Tambahnya, kejadian berlaku akibat kerosakan semasa penerbangan dan juruterbang berjaya menyelamatkan diri tepat pada masanya.

Insiden itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 1 tengah hari waktu tempatan (2200GMT) ketika pesawat tersebut sedang mendarat dalam latihan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram