Harga diesel naik 5 sen di Semenanjung hingga awal Februari


  • Primer
  • Rabu, 29 Jan 2025

Harga diesel di Semenanjung naik lima sen.

HARGA diesel di Semenanjung Malaysia akan meningkat lima sen bermula Khamis daripada RM3.13 kepada RM3.18 seliter.

Menurut kenyataan daripada Kementerian Kewangan, harga RON95 dan RON97 kekal pada RM2.05 dan RM3.43 seliter.

Sementara itu, di Malaysia Timur pula, harga runcit diesel kekal pada RM2.15 seliter.

BACA LAGI: [VIDEO] Nahas malam Tahun Baharu Cina, rider superbike jadi mangsa langgar lari di Nilai

BACA LAGI: Rosmah mahu saman pemegang akaun TikTok RM1 juta, sebar dakwaan amal ilmu hitam

Kadar baharu berkenaan akan berkuat kuasa sehingga 5 Februari 2025.

Dalam kenyataan sama, Kementerian Kewangan menyatakan bahawa kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyesuaikan harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak.

Kerajaan juga komited untuk menyokong kestabilan harga demi menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram