SEBUAH unit kondominium di tingkat 22, Kenanga Point Condo, Jalan San Peng, Kuala Lumpur musnah sepenuhnya dalam kebakaran malam Selasa.
Komander Operasi Kanan Mohd Suhaimi Mohd Razali, memaklumkan setibanya pasukan di lokasi, didapati kebakaran membabitkan sebuah rumah di tingkat 22 dengan keluasan 74.32 meter persegi mengalami kemusnahan 100 peratus.
Menurutnya, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan melalui MERS 999 pada pukul 10:01 malam, memaklumkan kejadian kebakaran di sebuah kondominium di Kenanga Point.
BACA LAGI: Pelajar Malaysia di Jepun dilaporkan hilang, tidak dapat dihubungi sejak Isnin
BACA LAGI: [VIDEO] Nahas malam Tahun Baharu Cina, rider superbike jadi mangsa langgar lari di Nilai
"24 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dan Pudu bersama FRT-1, LFRT-1, Water Tanker-1 dan ALP-1 dikejarkan ke lokasi bagi operasi pemadaman sebagai ‘first responder’ untuk menangani insiden kecemasan.
“Tindakan operasi pemadaman menggunakan kaedah pemadaman secara ofensif dan defensif bagi mengawal kebakaran daripada merebak ke bahagian lain,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Tambahnya, operasi pemadaman ditamatkan sepenuhnya pada pukul 11.27 malam dan tiada mangsa terbabit dalam insiden itu.
"Api berjaya dipadamkan sepenuhnya dan tidak melibatkan mangsa namun punca kebakaran masih dalam sisatan unit forensik," tambahnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram