PELAWAK dan pelakon, Along Cham mengesahkan akan memfailkan dan melafazkan cerai secara taklik terhadap isterinya, Afreena Suhaimi di Mahkamah Syariah Putrajaya pada pagi Selasa.
Memetik laporan Buletin TV3, Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, dijangka akan memfailkan cerai pukul 11 pagi, Selasa.
"Saya tiada komen, tapi saya bakal memfailkan pengesahan lafaz cerai secara taklik hari ini (Selasa).
"Kita tunggu episod seterusnya," ulasnya.
BACA LAGI: Dibenar ikat jamin RM5,000 miliki dadah jenis ganja, Along Cham sujud syukur
BACA LAGI: [VIDEO] Polis tahan 6 suspek tetak 2 lelaki, ceroboh rumah tak berkunci di Subang Jaya
Pada Isnin, Mahkamah Sesyen Sepang, Selangor melepaskan tanpa membebaskan Along Cham daripada pertuduhan memiliki dadah disyaki kanabis (ganja) yang ditemui di kediamannya dekat Cyberjaya sekitar Disember 2024.
Lega dengan keputusan tersebut, Along dilihat melakukan sujud syukur dan memeluk erat isterinya yang turut hadir di mahkamah pada hari yang sama.
Dalam prosiding itu, Along juga dibenarkan bebas dengan ikat jamin RM5,000.
Untuk rekod, Along dan Afreena mendirikan rumah tangga pada 4 April 2023.
Sebelum itu, Along berkahwin dengan bekas peserta musim keempat Akademi Fantasia (AF), iaitu Zila Seeron pada Januari 2010 sebelum bercerai talak satu pada 29 Ogos 2016.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Ahmad Daniel, 13. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram