PERBUATAN meletakkan ayat al-Quran ke dalam segelas air bukanlah sesuatu yang bidaah memandangkan ayat al-Quran memang diturunkan sebagai penawar, kata ulama terkenal Indonesia.
Pendakwah, Dr Abdul Somad Batubara atau lebih dikenali sebagai Ustaz Abdul Somad menjelaskan perkara itu selepas segelintir masyarakat merasakan perbuatan meletakkan kertas yang mengandungi ayat ruqyah ke dalam segelas air hanyalah sesuatu yang bidaah.
Katanya lagi, perbuatan merawat penyakit menggunakan ayat al-Quran dikenali sebagai kaedah rawatan Syifa'.
"Jenis rawatan menurut al-Quran ada dua iaitu Syifa' dan Dawa'. Syifa' bermaksud penawar atau penyembuh dengan menggunakan al-Quran manakala Dawa' pula ubat-ubatan.
"Syifa pasti sihat dengan izin ALLAH tetapi kalau Dawa' boleh jadi sihat boleh tidak," katanya menerusi video baru-baru ini.
BACA LAGI: [VIDEO] Air rendaman ayat ruqyah dalam kertas boleh diminum asalkan tidak memudaratkan — Mufti
BACA LAGI: Niqab dengan mekap berlebihan demi konten sampai lelaki ghairah boleh jatuh hukum haram — Mufti
Firman ALLAH SWT:
ونُنزِلُ مِن ٱلقُرءانِ ما هُو شِفآء ورحمة لِلمُؤمِنِين ۙ ولا يزِيدُ ٱلظٰلِمِين إِلا خسارا
Maksudnya: Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.
(Surah al-Isra’:82)
Begitu juga firman ALLAH SWT:
يٰٓأيُها ٱلناسُ قد جآءتكُم موعِظة مِن ربِكُم وشِفآء لِما فِى ٱلصُدُورِ وهُدى ورحمة لِلمُؤمِنِين
Maksudnya: Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.
(Surah Yunus: 57)
Abdul Somad turut berkata, perbuatan itu juga bagus diamalkan untuk seseorang yang sedang mengandung bagi memperoleh keberkatan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram