Misteri lelehan air hitam di Sungai Skudai dipercayai sisa kumbahan loji — JAS


  • Primer
  • Sabtu, 11 Jan 2025

Air berwarna hitam yang mengeluarkan bau busuk yang mengalir ke Sungai Skudai, Kampung Sepakat Baru, Johor disyaki merupakan sisa kumbahan

AIR berwarna hitam yang mengeluarkan bau busuk yang mengalir ke Sungai Skudai di Kampung Sepakat Baru disyaki merupakan sisa kumbahan dari loji rawatan kumbahan berhampiran, kata Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor.

Dr Mohd Famey Yusoff berkata, siasatan awal yang dijalankan pegawai JAS pada Jumaat mendapati loji kumbahan itu mengalami gangguan bekalan kuasa elektrik yang boleh menyebabkan pelepasan kumbahan.

BACA LAGI: [VIDEO] Dua hari gagal dijejak, 10 terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Colombia

BACA LAGI: Kemalangan jadi titik tolak budak JB ubah laluan hidup, kejayaan di UPM bawa nama ke Universiti Oxford

“Bagaimanapun, pegawai akan meneruskan siasatan pada Sabtu untuk mengenal pasti sama ada terdapat punca lain yang berpotensi,” katanya pada Sabtu.

Sebelum ini, penduduk Kampung Sepakat Baru, Skudai, Johor melahirkan kebimbangan berikutan kehadiran lelehan air hitam berbuih yang mengalir ke Sungai Skudai sejak akhir bulan lepas. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram