MALANG menimpa seorang lelaki apabila mangsa yang sedang berada di tepi jalan, meluangkan masa bersama kekasihnya secara tiba-tiba ditangkap dan dituduh sebagai pelaku 'begal' (perompak bermotosikal) di Deliserdang, Indonesia dan dijel selama dua bulan sebelum dibebaskan baru-baru ini.
Mangsa yang dikenali sebagai Agung Suprayodi pada mulanya ditangkap di Jalan Laut Dendang, pada 6 November 2024 pada pukul 9.30 malam.
Namun, bukan sahaja penangkapannya yang mengejutkan keluarganya, namun keadaan mangsa setelah dua bulan di dalam penjara menyebabkan ahli keluarganya marah.
BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki tercengang motor kena curi depan mata lepas keluar kedai runcit di Kota Bharu
BACA LAGI: [VIDEO] Rider terkulai lepas rempuh kereta tak sabar keluar simpang di Klebang Putra
Bapa mangsa, Wage 48 tahun, berkata, pihak polis menyeksa anak lelakinya dengan kejam, apabila mata mangsa ditutup dengan pita pelekat, kakinya dipukul dengan objek tumpul dan kepalanya dipaksa masuk ke dalam pembesar suara.
Malahan, dikatakan selepas Agung diseksa, mangsa dibawa ke Unit Siasatan Jenayah Polis Medan dan diberitahu bahawa dia dilaporkan oleh seorang ahli perniagaan yang menjalankan perniagaan di Kampung Sei Rotan.
Bapa mangsa bengang kerana laporannya mengenai anaknya tidak mendapat perhatian, berbanding tuduhan yang dilemparkan oleh ahli perniagaan tersebut terus diambil perhatian.
"Saya hanya mahukan keadilan. Jika anak saya bersalah, prosesnya akan mengikut sisi undang-undang. Tetapi penyeksaan seperti ini tidak berperikemanusiaan." Kata Wage yang berharap agar Ketua Polis Medan bertindak tegas terhadap anggota yang melanggar prosedur.
Sehingga berita ini dikeluarkan, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Medan, Inspektor Sarwedi masih belum memberikan respons terhadap kes ini. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram