[VIDEO] Tak tahan hidap bulimia, wanita Singapura tulis nota minta maaf, bayar balik kos makan RM648.14 lepas tipu kedai guna PayNow palsu


  • Benua
  • Selasa, 07 Jan 2025

Tangkap layar wanita berkenaan kembali ke kedai itu dengan bercermin mata hitam gelap dan bertopi hitam.

SEORANG wanita yang sebelum ini menipu sebuah restoran Thailand di Katong Square, Singapura sebanyak S$196.20 (RM648.14) pada Julai 2024 dengan menunjukkan tangkapan skrin kaedah pembayaran digital, PayNow palsu sudah meminta maaf kepada pemilik restoran itu.

Memetik laporan mothership, pemilik Khao Hom by Rung Mama memberitahu bahawa pelanggan itu kembali pada 3 Januari lalu untuk menyerahkan nota dan wang yang dia terhutang kepada restoran itu.

Dalam nota tulisan tangan itu, wanita berkenaan mengakui kesalahannya dan meminta maaf kepada pemilik dan kakitangan restoran berkenaan atas penipuan yang telah dibuatnya pada enam bulan lepas.

BACA LAGI: [VIDEO] Penumpang biadab, tengking pramugari lepas dinasihat pakai tali pinggang keledar

BACA LAGI: Tukang masak maut, bayi 7 bulan kritikal terbabit nahas lepas hadir majlis tunang di Kluang

Individu tersebut juga mendakwa bahawa dia mengalami bulimia iaitu gangguan pemakanan ekoran pengambilan jumlah makanan yang luar biasa dalam tempoh masa yang singkat, diikuti dengan percubaan untuk memuntahkan kembali apa yang telah dimakan.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang disediakan oleh kedai itu, ia menunjukkan seorang wanita menghampiri bahagian hadapan restoran bercermin mata hitam gelap dan bertopi hitam.

Wanita itu seperti memberitahu kakitangan di bahagian kaunter untuk menyerahkan nota dan wang berkenaan kepada pemiliknya sebelum berlalu pergi dari restoran berkenaan.

Sebelum ini, Khao Hom by Rung Mama menyedari individu tersebut menunjukkan bukti pembayaran palsu hingga mengakibatkan restoran berkenaan mengalami kerugian pada 6 Julai 2024.

Selepas kejadian itu, restoran masakan Thailand itu juga sekali lagi mengalami situasi sama apabila seorang wanita menunjukkan pembayaran palsu selepas makan di premis mereka berjumlah S$138.10 (RM456.31) pada Disember lepas.

Ada yang mendakwa bahawa ia merupakan perbuatan wanita sama namun pemilik Khao Hom by Rung Mama memberitahu bahawa individu yang membuat bayaran balik itu menafikan terlibat dalam insiden Disember itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram