SEORANG remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang sejak 29 Disember lepas ditemukan selamat.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, Nurul Fateha Nabila Mohd Zailani ditemukan di sebuah restoran di Batu 9, Cheras kira-kira pukul 11.15 pada Isnin.
BACA LAGI: Hilang lebih sebulan, polis jejak 3 gadis termasuk pelajar politeknik dan warga Myanmar
"Kami mendapati dia menghabiskan masa di rumah rakannya.
"Kami telah memaklumkan kepada ibu bapanya bahawa kami menemuinya dan dia telah dikembalikan kepada mereka," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Dilaporkan bahawa laporan orang hilang telah dibuat oleh ibu saudara gadis itu pada 31 Disember lepas. Dua hari selepas dikesan hilang sekitar jam 12 tengahari pada 29 Disember.
Nurul Fateha Nabila Mohd Zailani.
Remaja itu menetap di Kampung Sungai Merab Luar di Kajang, Selangor dan tinggal bersama pengadu (makciknya) sejak Februari tahun lalu selepas Nurul Fateha dibawa pulang dari pusat pemulihan akhlak di Sabak Bernam.
"Sebelum kehilangannya, dia telah berkurung di dalam biliknya berikutan pertelingkahan keluarga," kata Norhizam.
Dia kali terakhir dilihat memakai kemeja-T hitam dan seluar trek warna hitam serta membawa telefon bimbit. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram