TIGA individu termasuk dua wanita ditahan dalam tempoh 24 jam selepas dipercayai terlibat dalam kejadian pecah rumah di Taman Temiang Utama dekat Muar, Johor pada Ahad.
Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, polis menerima laporan mengenai kejadian daripada seorang wanita pada pukul 12.15 tengah hari Ahad.
Susulan daripada itu, seorang suspek berusia lingkungan 20-an ditahan di Bypass Jalan Kim Lee pada pukul 12.07 tengah malam Isnin.
BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu, kelindan maut lori bawa besi masuk gaung di LPT1
BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki meraung kesakitan, patah kaki motosikal dirempuh warga asing di Serendah
"Sebuah kereta Toyota Vios berwarna putih telah ditinggalkan di tepi jalan, dan ketiga-tiga suspek berjaya ditangkap di kawasan belukar berhampiran dengan bantuan unit K9 dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB).
"Polis percaya dengan tangkapan ini telah berjaya menyelesaikan beberapa kes pecah rumah yang dilaporkan berlaku di sekitar daerah Muar sejak kebelakangan ini," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Jelas beliau lagi, usaha mengesan suspek yang masih bebas sedang giat dijalankan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 453 Kanun Keseksaan, Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Terdahulu, tular satu video sejak Ahad memaparkan tiga individu memecah masuk ke sebuah rumah di Taman Temiang Utama, Muar.
Melalui video tersebut, kelihatan kesemua suspek menggunakan pelitup muka dan memakai topi bagi mengelakkan muka mereka dikesan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram