
SEORANG wanita bernasib malang apabila dilanggar kenderaan sebanyak dua kali ketika melintas jalan di Turkiye baru-baru ini.
Menerusi video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial sejak Ahad, wanita tersebut sedang melintas jalan seorang diri sebelum dirempuh sebuah kereta yang datang dari arah belakang.
Mangsa kemudiannya dilihat tercampak dan terbaring di bahu jalan.
BACA LAGI: Mayat warga emas rungkai misteri kereta terkunci, enjin hidup di Kota Kinabalu
BACA LAGI: [VIDEO] Bukan ke Mesir, tapi desak percepat proses balik Palestin punca insiden kecoh di WTKL
Sejurus itu, beberapa orang awam tiba dan dikatakan cuba membantu mangsa dengan menghubungi ambulans.
Beberapa minit kemudian, sebuah kereta datang dari arah sama dengan laju dan melanggar mangsa bersama sekumpulan orang awam.
Mangsa yang dalam keadaan lemah ketika itu bagaimanapun tidak sempat mengelak lalu terperosok di bawah kenderaan tersebut.
Namun, keadaan mangsa masih belum dapat dipastikan setakat ini.
Belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa Turkiye berhubung kemalangan itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram