Fenomena air terjun 'berdarah' di Antartika masih kekal misteri?


  • Benua
  • Isnin, 30 Dis 2024

Fenomena air terjun 'berdarah' di Antartika yang berusia lebih 1.5 juta tahun dan berlaku kerana pengoksidaan berterusan sehingga kini. — Agensi

ANTARTIKA merupakan kawasan ekstrem berais sering disamakan dengan 'angkasa lepas di bumi' dengan berapa banyak benua yang masih belum diterokai.

Iklim di Antartika yang sejuk dan lokasi terpencil menyukarkan penyelidik untuk mengakses banyak lagi kawasan di benua itu dan melahirkan fenomena pelik termasuk padang pasir berais.

Antara fenomena menarik perhatian adalah air terjun 'berdarah' atau Blood Falls Antartika yang merupakan sebuah air terjun kelihatan seperti darah mencurah.

BACA LAGI: Syarikat katering jadi majikan pertama aset disita gara-gara gagal bayar caruman PERKESO lebih RM19,000

BACA LAGI: [VIDEO] Langgar bateri tengah jalan punca kereta mewah terbakar di Jambatan Kedua Pulau Pinang

Fenomena tersebut juga sekian lama membingungkan saintis dan menjadi tarikan penyelidikan sejak penemuannya pada 1911 oleh ahli geologi, Thomas Griffith Taylor.

Bagaimanaun, warna merah pekat itu sebenarnya disebabkan oleh zat-zat besi teroksida ketika terdedah pada udara.

Proses itu sekali gus menyerupai fenomena 'karat' yang memberi warna merah pekat dalam aliran air tersebut.

Turut dikenali sebagai Glasier Taylor, fenomena ais berwarna merah yang terletak di Lembah Kering McMurdo itu berasal dari sebuah tasik subglasial purba yang terperangkap selama berjuta-juta tahun di bawah lapisan ais setebal 400 meter.

Lebih menariknya apabila air terjun tersebut adalah tiga kali lebih masin daripada air laut secara tidak langsung menjadikannya terlalu masin untuk membeku walaupun dalam suhu paling rendah.

Dalam persekitaran tanpa cahaya, oksigen dan dengan kadar garam tinggi, saintis menemukan kehidupan mikrob purba yang terus berkembang.

Kehadiran mikrob itu memberi pandangan baharu terhadap daya tahan hidupan dalam persekitaran ekstrem.

"Penemuan ini bukan sahaja penting untuk memahami ekosistem ekstrem di bumi, tetapi memberi petunjuk tentang kemungkinan kewujudan kehidupan di planet seperti Marikh," kata seorang penyelidik.

Beberapa kajian turut mendedahkan laluan air merah tersebut berusia lebih 1.5 juta tahun dan ia berlaku kerana pengoksidaan yang berterusan selama ini.

Satu-satunya cara untuk mengakses Blood Falls adalah dengan helikopter dari Stesen McMurdo di Amerika Syarikat (AS), Pangkalan Scott New Zealand atau dengan pelayaran melalui Laut Ross. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram