[VIDEO] Murahnya nyawa, satu geng kemaruk rakam video tengah jalan 'disapu' kereta di India


  • Benua
  • Khamis, 02 Jan 2025

Detik sebelum dan selepas sekumpulan sahabat di India dilanggar kereta sewaktu merakam video di tengah-tengah jalan.

SEKUMPULAN sahabat di India yang sedang sibuk merakamkan video demi sebuah kandungan di media sosial berdepan masa sukar apabila ia menjadi tragedi.

Hal ini kerana, ketika sedang rakaman itu dilakukan, kumpulan terbabit dilihat sedang berjalan di sebuah jalan dilanggar oleh sebuah kereta.

Dalam rakaman yang tersebar di media sosial sejak Khamis itu, sekumpulan pemuda yang turut disertai seorang wanita itu berjalan di jalan raya dengan beberapa daripadanya berdiri di tengah-tengah jalan.

BACA LAGI: 'Hari paling memilukan', kru Swiss International Air Lines maut pesawat terpaksa buat pendaratan cemas angkara kabin berasap

BACA LAGI: Fenomena air terjun 'berdarah' di Antartika masih kekal misteri?

Ia menyebabkan mereka yang berada di tengah jalan itu dilanggar oleh kereta tersebut dan itu mencetuskan suasana panik.

Namun begitu, tiada sebarang laporan mengenai kecederaan mengenai mereka yang dilanggar oleh kereta tersebut.

Dalam pada itu, reaksi warganet terhadap video tersebut adalah berlainan kerana majoriti daripadanya berpendapat semua itu hanyalah lakonan semata-mata.

Ada yang memberikan komen mengatakan ia sekumpulan pemuda itu seolah-olah tidak berusaha untuk mengelak dan sengaja mencari 'penyakit' dengan berjalan di tengah jalan.

Belum ada kenyataan pihak berkuasa India berhubung kejadian itu setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram