[VIDEO] Pengunjung bertempiaran lari lepas lihat bot meletup, terbelah 2 di Quebec


  • Benua
  • Jumaat, 27 Dis 2024

Tangkap layar video memaparkan sebuah bot yang meletup dan terbakar di marina Fort Lauderdale, Quebec, Kanada pada Khamis. — Agensi

SEORANG lelaki maut manakala lima cedera dalam kejadian letupan bot di marina Fort Lauderdale, Quebec, Kanada pada Khamis.

Dalam kejadian itu, saksi memaklumkan bahawa bot tersebut secara tiba-tiba meletup ketika pekerjanya sedang mengisi minyak.

Menerusi video sempat dirakam beberapa pengunjung lain, letupan kuat yang berlaku dengan sangat pantas itu turut menyebabkan bot terbabit terbelah dua sebelum ia terbakar.

BACA LAGI: 'Sampai kaki melecur', budak jadi mangsa terpijak bara api ditimbus dengan pasir di Pantai Pimping

BACA LAGI: Masih aktif, kartel didakwa sediakan khidmat sewa tayar lori sebelum pemeriksaan Puspakom, lepas 'check' kembali guna tayar asal sudah 'botak'

Jurucakap Pasukan Penyelamat Fort Lauderdale, Frank Guzman, insiden itu berlaku berhampiran sebuah restoran popular yang menjadi tumpuan pelancong.

Guzman berkata, susulan kejadian itu, Sebastian Gauthier, 41, maut selepas tercampak dan lemas di dalam laut.

Bot berkenaan juga dilaporkan musnah dan hangus selepas dijilat api marak ketika kejadian.

Jurucakap Suruhanjaya Pemuliharaan Ikan dan Hidupan Liar Florida bagaimanapun berkata, pihak berkuasa sedang menyiasat punca sebenar kejadian.

Sementara itu, dalam video sama, kelihatan beberapa pengunjung bertempiaran lari selepas melihat letupan tersebut.

Menurut beberapa saksi, kesemua mangsa dilihat tercampak ke dalam air dan terkena konkrit berhampiran.

"Saya berpaling dan melihat bot itu baru sahaja naik. Dalam beberapa minit, orang ramai tercampak ke udara dan ada wanita terkena simen konkrit.

"Anak perempuannya masih kecil menangis melihat ibunya," kata pekerja restoran terbabit. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram