[VIDEO] Pempengaruh maut lepas buat 'content sampah' rupanya mangsa buli golongan kayangan, sanggup buat demi nenek sakit


  • Benua
  • Jumaat, 27 Dis 2024

Thanakarn disahkan meninggal dunia di sebuah hospital pukul 3.40 pagi pada Khamis.

PEMPENGARUH muda Thailand maut sebaik sahaja menghabiskan sebotol arak jenis wiski sebanyak 350 milimeter (ml) dalam pertaruhan bernilai 30,000 baht (kira-kira RM3,917).

Thanakarn Kanthee atau lebih dikenali sebagai Bank Leicester, 21, disahkan meninggal dunia di sebuah hospital pukul 3.40 pagi pada Khamis.

Pemuda yang juga penjual bunga kalungan itu sering tampil dalam beberapa video yang menunjukkan dia menerima cabaran berbayar untuk meminum alkohol dengan pantas.

BACA LAGI: 'Sampai kaki melecur', budak jadi mangsa terpijak bara api ditimbus dengan pasir di Pantai Pimping

BACA LAGI: Masih aktif, kartel didakwa sediakan khidmat sewa tayar lori sebelum pemeriksaan Puspakom, lepas 'check' kembali guna tayar asal sudah 'botak'

Sebuah video yang menunjukkan Thanakarn meminum sebotol kecil wiski secara pantas sambil diiringi sorakan tetamu yang menghadiri sebuah parti sedang tular di internet ketika ini.

Selepas menyelesaikan cabaran berbayar itu, Thanakarn dilihat sakit dan dilaporkan muntah sebelum dibawa ke hospital yang mana dia kemudiannya menghembuskan nafas terakhir.

Kisah Thanakarn itu menjadi topik perbincangan warga maya di Thailand dan ada pengguna media sosial mendakwa bahawa lelaki berkenaan sering menjadi mangsa buli oleh golongan kayangan dan pempengaruh kaya lain.

Ada juga mendakwa bahawa tindakan Thanakarn sering menyahut cabaran ‘content (kandungan) sampah’ adalah untuk membantu neneknya yang sedang sakit.

“Dia sering dibuli oleh orang kaya dan pempengaruh lain. Difahamkan, tujuan dia buat semua cabaran itu adalah untuk tolong neneknya yang sedang sakit,” kata netizen, anthraxx78.

Pempengaruh itu dibesarkan neneknya di sebuah kawasan setinggan di Bangkok selepas kedua-dua ibu bapanya berpisah ketika Thanakarn berusia dua bulan.

Pada usia tujuh tahun, dia mula menjual kalungan bunga di pasar Liab Duan, Jalan Ram Intra untuk menyara kehidupannya dan nenek. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram