SEEKOR anjing liar dikenali sebagai 'Kutty' maut selepas terkena panahan anak panah di Selama di Ipoh, Perak.
Seorang suspek berusia 44 tahun yang mendakwa anjing berkenaan telah menyalak dan mengejarnya, sudah ditangkap.
Menurut polis, pembunuhan anjing itu dan penahanan suspek dibuat pada hari sama iaitu pada Ahad lepas.
BACA LAGI: Pensyarah UM, pelajar antara 7 disoal siasat berhubung kematian kucing tragis
BACA LAGI: Polis terima laporan penemuan baharu bangkai kucing, anjing di UM
Ketua Polis Daerah Selama, Superintenden Sarudin Samah berkata, suspek merupakan seorang kerani di ladang kelapa sawit telah didakwa di Taiping pada Isnin.
“Kami menerima laporan polis berhubung kejadian itu... dan pada petang sama, kami menahan suspek.
“Dia mengaku tidak bersalah di mahkamah, dan diikat jamin,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.
Isu itu mencetuskan kemarahan kumpulan kebajikan haiwan, Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) yang mengutuk sekeras-kerasnya kejadian tersebut.
Sarudin berkata, suspek mendakwa anjing itu sentiasa mengganggunya dengan sentiasa mengejar dan menyalak terhadapnya.
Katanya lagi, anjing itu biasanya berada di pos pengawal ladang lain dengan pekerja akan memberinya makan setiap hari.
Sarudin berkata, suspek merupakan seorang kerani di ladang kelapa sawit.
Tambahnya, ladang itu berada di laluan biasa suspek.
“Pada hari kejadian, suspek dalam perjalanan pulang ke rumah selepas majlis makan malam perkahwinan, apabila anjing itu mula mengejar keretanya.
“Suspek pulang ke rumah, meletakkan keretanya, dan keluar semula dengan motosikalnya untuk mencari anjing itu.
“Suspek mendakwa keadaan ketika itu gelap, dan apabila dia menembak anak panah, dia tidak tahu sama ada ia mengenai anjing itu atau tidak,” kata Sarudin.
Presiden SAFM R. Kalaivanan ketika dihubungi berkata anjing itu mati selepas terkena anak panah.
“Kutty mengalami kecederaan parah dan akhirnya meninggal dunia akibat (terkena anak panah). Perbuatan sebegitu... mencabar prinsip asas kemanusiaan,” katanya.
Kalaivanan berkata, tindakan mesti diambil untuk memastikan keadilan untuk Kutty sambil menegaskan kejadian itu melanggar Akta Kebajikan Haiwan 2015.
“SAFM menyeru mana-mana saksi untuk tampil membantu siasatan, dan juga membuat laporan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
“Kesaksian saksi adalah penting dalam memastikan tindakan sewajarnya diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab.
“Kekejaman terhadap haiwan masih berleluasa walaupun terdapat pelbagai kempen kesedaran.
“Sudah tiba masanya untuk mengukuhkan undang-undang dan memastikan penguatkuasaan yang lebih ketat dan berkesan,” tambahnya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram