SEORANG pemandu kereta secara tidak sengaja melanggar kaki lelaki yang sedang membaiki paip air di kawasan parkir sebuah bangunan di China pada 20 Disember lalu.
Menerusi video rakaman litar tertutup (CCTV) tular di media sosial sejak Khamis, lelaki tersebut dilihat melakukan kerja itu secara meniarap dengan kepalanya dimasukkan ke dalam lubang simen kecil.
Pada masa sama, kelihatan pemandu kereta memasuki perkarangan parkir selepas menunggu pagar dibuka oleh pengawal keselamatan.
BACA LAGI: 'Karom bukan boleh pergi jauh, tak macam bola sepak', atlet cedera bersyukur dapat kerja MBPJ
Bagaimanapun, pemandu terbabit tidak memberhentikan keretanya dan terus melanggar sebelah kaki tukang paip berkenaan.
Mangsa kemudiannya dilihat seperti terkejut sambil menahan kesakitan dan terbaring di tepi kereta.
Kemalangan itu juga tidak disedari pengawal keselamatan sehingga pagar tertutup kembali.
Beberapa saat kemudian, pengawal sama cuba menghampiri pemandu kereta dan memberitahunya tentang kejadian itu.
Namun, tahap kecederaan mangsa tidak dapat dipastikan lagi setakat ini dan tiada kematian dilaporkan selepas kejadian. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram