SATU rakaman cahaya berwarna oren pada waktu malam baru-baru ini di Kagoshima, Jepun menjadi topik hangat diperkatakan pengguna media sosial selepas ia dimuat naik oleh pengguna X, Ezee.
Menerusi klip berdurasi satu minit tersebut, penampakan satu cahaya tidak dikenal pasti di langit dapat dilihat dengan jelas hingga mencetuskan pelbagai teori dalam kalangan warganet.
Video berkenaan mencetuskan misteri sama ada ia adalah meteor atau objek terbang tidak dikenali (UFO). Malah, tidak kurang juga menganggap ia merupakan ilmu hitam yang dihantar oleh bomoh.
BACA LAGI: Tiada laporan polis dibuat, kucing mati di UM dipercayai diserang haiwan liar — Polis Brickfields
BACA LAGI: Polis tembak mati 2 perompak lepas kejar suspek sejauh 4km di Tanjong Malim
Dalam rakaman itu, kelihatan cahaya terang muncul secara tiba-tiba dengan ekor panjang sambal mengeluarkan seolah-olah percikan sebelum hilang beberapa saat kemudian.
Sehingga kini, masih tiada penjelasan mengenai cahaya oren namun terdapat beberapa pendapat dikeluarkan oleh beberapa pengguna di media sosial mengenainya.
Misalnya, ada yang melihat fenomena ganjil itu serupa dengan kejadian di California, Amerika Syarikat pada tahun lepas apabila seorang individu melihat cahaya oren di langit.
Menurut The Independent yang memetik kenyataan Jonathan McDowell, iaitu seorang ahli astronomi di Pusat Astrofizik Harvard-Smithsonian, menjelaskan bahawa cahaya itu sebenarnya adalah sampah angkasa yang terbakar apabila ia memasuki semula atmosfera Bumi.
McDowell berkata, serpihan itu sebenarnya adalah ICS-EF, atau Sistem Komunikasi Antara orbit - Kemudahan Terdedah, pakej komunikasi Jepun. Ia telah digunakan untuk menghantar data antara modul ISS Kibo dan Mission Control Tsukuba melalui satelit penyampai data Kodama.
Dia menyatakan bahawa peralatan itu telah dilancarkan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) oleh Space Shuttle pada 2009. Ia menjadi sampah angkasa lepas pada 2020, mengorbit Bumi selama tiga tahun sebelum memasuki semula atmosfera Bumi di atas California pada Mac 2023.
Tianzhou 7.
Dalam pada itu, media China merungkai bahawa cahaya berkenaan dari kapal angkasa kargo yang awal tahun ini menghantar bekalan ke stesen angkasa negara berkenaan.
Kapal pengangkut yang dipanggil Tianzhou 7 itu dilancarkan pada roket Long March 7 dari pelabuhan angkasa Wenchang pada 17 Januari lalu dan tiba di stesen angkasa Tiangong beberapa jam kemudian.
Ia menghantar bekalan untuk angkasawan, eksperimen, bahan dan propelan untuk memastikan operasi berjalan lancar di atas Tiangong.
Tianzhou 7 memasuki semula atmosfera Bumi pada sekitar 8:25 pagi EST (1325 GMT; 9:25 malam waktu Beijing) pada 17 November, menurut agensi penerbangan China, CMSA.
Kapal angkasa itu dinyahorbit secara terkawal, menyalakan enjinnya untuk meninggalkan orbit dan memasuki semula atmosfera. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram