SEKURANG-KURANGNYA dua orang dan kira-kira seramai 60 orang awam apabila sebuah kereta merempuh orang awam di sebuah pasar Krismas kira-kira pukul 7 malam (waktu Malaysia) di Magdeburg, Jerman pada Jumaat.
Menurut pegawai kerajaan dan laman web kerajaan bandar, 15 daripada yang cedera mengalami kecederaan serius akibat insiden tersebut.
Manakala, dua orang yang disahkan meninggal dunia adalah seorang dewasa dan kanak-kanak.
BACA LAGI: Pengguna TikTok hina Agong, PM Anwar dibebas dengan jaminan polis
BACA LAGI: Polis buru Hot Daddy, 2 rakan wanita lepas gagal serah waran tangkap
Pemandu itu ditahan sejurus selepas kereta tersebut merempuh masuk pasar yang sedang sibuk dan padat dengan pengunjung menjelang perayaan Krismas.
Dalam sidang akhbar, Menteri Dalam Negeri Saxony-Anhalt, Tamara Zieschang memberitahu bahawa suspek ialah seorang doktor Arab Saudi berusia 50 tahun yang berpindah ke Jerman pada 2006.
Zieschang berkata, doktor tersebut sudah mengamalkan perubatan di Bernburg, kira-kira 36 kilometer dari selatan Magdeburg.
Attack on a Christmas market in Germany tonight!
Fucking hell pic.twitter.com/4g0RhCses8
— CALLUM ABROAD (@CallumAbroad) December 20, 2024
Dalam pada itu, jurucakap kerajaan tempatan, Matthias Schuppe dan jurucakap bandar Magdeburg, Michael Reif berkata, mereka mengesyaki kejadian itu imerupakan serangan pengganas.
“Gambar-gambar di lokasi kejadian mengerikan. Maklumat yang saya dapat ialah sebuah kereta merempuh pasar Krismas tetapi saya masih belum pasti dari arah mana ia datang,” jelasnya.
Pihak Hospital Universiti Magdeburg memberitahu, mereka sedang merawat antara 10 hingga 20 pesakit tetapi bersedia untuk menerima ramai lagi mangsa. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram