AKIBAT transaksi tukaran mata wang asing, berlakunya pergaduhan di Jenjarom, Kuala Langat hingga menyebabkan seorang mangsa cedera parah.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata, doktor yang merawat mangsa di Hospital Banting memberitahu individu tersebut mengalami kecederaan di kepala yang serius.
Selain daripada itu, enam individu lain yang berumur daripada 25 hingga 53 tahun ditahan pada Jumaat sekitar 2.30 petang.
BACA LAGI: [VIDEO] Padah menyelit masuk tengah, pelajar maut bergesel 5 motosikal lain di Kedah
BACA LAGI: Polis buru Hot Daddy, 2 rakan wanita lepas gagal serah waran tangkap
"Tangkapan dilakukan di kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Kuala Langat. Motif (pergaduhan) yang dikenal pasti melibatkan penipuan terhadap pertukaran daripada mata wang Amerika Syarikat kepada China.
"Dipercayai, mangsa dipukul dengan menggunakan objek tumpul dan diperbuat daripada kayu," katanya.
Dalam masa yang sama, Mohd Akmalrizal turut menafikan yang pergaduhan tercetus akibat pergelutan di kedai makan yang tidak dinyatakan.
"Kesemua tangkapan direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga Ahad di Balai Polis Banting bagi tujuan siasatan lanjut," ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram