SEKURANG-KURANGNYA 13 orang penumpang feri di Mumbai, India menjadi mangsa kepada insiden pelanggaran kenderaan awam itu dengan sebuah bot laju tentera laut negara tersebut.
Kejadian yang berlaku pada Rabu menyaksikan bot laju tentera laut India itu hilang kawalan dan kemudiannya merempuh feri penumpang yang membawa lebih 100 orang ketika itu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh tentera laut negara itu, kejadian tersebut berpunca daripada kegagalan enjin untuk berfungsi dengan baik sekali gus menyebabkan kapal itu hilang kawalan.
BACA LAGI: [VIDEO] Khabar angin Jakarta bakal tenggelam makin kuat, air laut mula melimpah ke kawasan penduduk
BACA LAGI: [VIDEO] Bekas pelumba Grand Prix berkaki ayam selama 6 tahun ke Pakistan demi ‘mencari’ Tuhan
"Sebuah bot laju tentera laut India hilang kawalan semasa menjalankan ujian enjin di Pelabuhan Mumbai akibat kerosakan enjin.
"Akibatnya, bot itu bertembung dengan sebuah feri penumpang yang kemudiannya terbalik," ujar Tentera Laut India.
Akibat kejadian tersebut, usaha menyelamat dilakukan dengan 99 penumpang berjaya dibawa ke tempat selamat menerusi bot penyelamat.
Semasa kejadian, rakaman yang tular mendapati bot laju itu membawa lima individu yang kemudiannya merempuh feri penumpang.
Pelanggaran itu menyebabkan kebocoran dan air mula masuk ke feri tersebut dan menimbulkan situasi panik dalam kalangan penumpang.
"Bot laju tersebut melanggar bot kami dan air mula masuk ke dalam bot kami dan terbalik. Pemandu ketika itu mengarahkan kami memakai jaket keselamatan.
"Saya berenang selama 15 minit sebelum diselamatkan oleh bot penyelamat," kata seorang saksi.
Rentetan kejadian itu, kerajaan India menyalurkan sumbangan sebanyak RM10,590 (USD2,356.63) menerusi Dana Kecemasa Nasional Perdana Menteri India kepada waris keluarga yang terkorban. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram