[VIDEO] Bekas pelumba Grand Prix berkaki ayam selama 6 tahun ke Pakistan demi ‘mencari’ Tuhan


  • Benua
  • Ahad, 15 Dis 2024

Selepas beberapa pencapaian dalam kariernya termasuk tempat ke-16 dalam Kejuaraan Dunia Moto2 2016, Axel membuat keputusan mengejutkan untuk mengubah haluan hidupnya.

NAMA Axel Pons mungkin sudah tidak asing bagi peminat perlumbaan motosikal terutamanya dalam dunia Moto2.

Namun, selepas beberapa pencapaian dalam kariernya, termasuk tempat ke-16 dalam Kejuaraan Dunia Moto2 2016, Axel membuat keputusan mengejutkan untuk mengubah haluan hidupnya.

Pelumba dari Sepanyol itu ditemui di tempat yang agak mengejutkan selepas mengambil keputusan untuk berhenti daripada dunia perlumbaan motosikal pada 2017.

BACA LAGI: Lelaki maut, penumpang wanita warga emas cedera parah kereta terbalik, jatuh cerun di Seremban

BACA LAGI: [VIDEO] Penyokong Harimau Malaya kena pukul casual Thailand dikejarkan ke hospital akibat hentakan di kepala

Pons yang sudah beraksi selama 10 musim dalam perlumbaan motosikal Grand Prix antara 2008 hingga 2017, dengan pencapaian terbaiknya iaitu menduduki tempat keenam dalam Grand Prix Moto2 Itali 2016 kini dikesan berada di Pakistan.

Dalam satu video yang tular di YouTube, Pons dilihat berjalan di Pakistan dengan rambut 'dreads' tebal, penampilan yang sedikit kusam dan tanpa sebarang alas kaki.

“Saya sudah berjalan tanpa kasut selama enam tahun, hanya memakai crocs apabila terpaksa," katanya sambil menunjukkan tapak kakinya yang keras dan hitam.

Video dari saluran YouTube, Pakisan Tourism itu menunjukkan dia sempat berbual dengan beberapa pemuda di Pakistan.

Apabila ditanya namanya, dia menyebut bahawa namanya ‘Isa’ sebelum menjelaskan bahawa nama penuhnya adalah Axel Pons.

Dalam video itu, Pons menceritakan perjalanannya yang bermula dari negara kelahirannya, Sepanyol.

"Sekitar 15 bulan yang lalu, saya merasakan saya bersedia untuk berjalan ke Timur, menuju matahari terbit. Itulah yang saya lakukan sepanjang tahun lalu dan ia sangat indah.

"Saya mula berjalan dengan lebih perlahan, menikmati setiap detik kehidupan" katanya.

Bagi Pons, perjalanan itu bukan sekadar satu aktiviti fizikal buatnya tetapi juga spiritual.

"Pada satu ketika, tiada yang lebih bermakna daripada berjalan dan melepaskan segala beban yang terkumpul dalam hidup, serta menginginkan penyatuan penuh dengan Allah atau Tuhan," ujarnya lagi. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram