Polis akan rakam keterangan pihak hospital kes jasad bayi 'ditahan' 2 minggu di hospital


  • 112
  • Jumaat, 13 Dis 2024

Safwan Roshdy (kanan) ditemani peguam Muhammad Hariz Md Yusoff (dua dari kanan) membuat laporan polis berhubung isu jenazah bayi lelakinya 'disimpan' dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang baru-baru ini. — Facebook/MrWanCai

POLIS akan memanggil beberapa individu termasuk pihak hospital berhubung isu mayat bayi lelaki 'disimpan' dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang, Selangor kerana ibu bapanya tidak menjelaskan bayaran bil.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, polis menerima satu laporan daripada bapa kepada bayi terbabit pada Jumaat.

"Laporan itu diklasifikasikan sebagai Kertas Enkuiri Polis (KEP).

BACA LAGI: [VIDEO] Pekerja sawit meraung lihat rakan maut dihempap serombong besi lebih 1 tan di Sumatera Utara

BACA LAGI: [VIDEO] Ingatkan lega tapi yang dapat sakit, lelaki Filipina dakwa kaki patah lepas sesi urut di rumah

"Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan sedang menjalankan siasatan secara mendalam untuk menentukan sekiranya terdapat sebarang unsur jenayah dalam isu ini serta menanganinya dengan sebaik mungkin.

"Mereka yang berkaitan termasuk pihak hospital akan dipanggil untuk dirakam percakapan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Hussein menegaskan bahawa dakwaan yang tidak disahkan berpotensi untuk menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Justeru, beliau mengingatkan pengguna media sosial supaya mengelak daripada menyalahgunakan platform berkenaan untuk menyebar kandungan tidak sahih sehingga mengakibatkan kegusaran awam.

Beliau juga berharap semua pihak bersabar menunggu hasil siasatan sebenar.

Terdahulu, media melaporkan bapa kepada arwah bayi Adham, Safwan Roshdy sudah membuat laporan polis pada Khamis.

Perkara itu disahkan peguamnya Muhammad Hariz Md Yusoff yang berkata, laporan dibuat malam tadi (Khamis) di Balai Polis Kota Damansara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram