Peruntukan RM100,000 naik taraf taman komuniti di Taman Kepong


  • Massa
  • Khamis, 12 Dis 2024

Lip Eng tengah bersama pembantunya Dic Lai meluangkan masa bersama salah seorang penduduk di Taman Kepong baru-baru ini.

PENDUDUK Taman Kepong, Kuala Lumpur kini menikmati kemudahan yang lebih baik di taman komuniti mereka selepas menerima peruntukan naik taraf berjumlah RM100,000.

Penambahbaikan kemudahan awam tersebut merangkumi pemasangan gazebo, gim luar, dan lampu berkuasa solar sekali gus bertujuan meningkatkan keselamatan dan keselesaan penduduk.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, dana kawasan itu digunakan untuk memberikan pembaharuan yang diperlukan di taman itu.

BACA LAGI : [VIDEO] Guna modus operandi sama, polis buru lelaki samun kedai runcit guna parang di Miri

BACA LAGI : [VIDEO] Dua pejalan kaki cedera parah, penunggang motosikal cedera terseret dilanggar pemandu khayal di China

"Melalui peruntukan RM100,000 ini, ia dapat memberi kembali kepada komuniti dan juga membersihkan semak serta sampah di taman ini,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk, yang hanya mahu dikenali sebagai Ella berkata, taman itu berada dalam keadaan gelap-gelita pada waktu malam sebelum pemasangan lampu solar.

"Orang mabuk sering berkumpul di sini sehingga lewat malam, menyebabkan kami rasa tidak selamat.

"Kanak-kanak di kawasan tersebut kini mula bermain di taman selepas peralatan permainan baharu," katanya.

Seorang lagi penduduk, Ong Chee Meng pula berkata, gazebo baharu di taman itu memberi peluang kepada warga emas untuk berehat sambil menemani ahli keluarga mereka yang menggunakan kemudahan di situ.

"Dengan adanya lampu berkuasa solar, kami akhirnya dapat pergi ke taman pada waktu malam dengan lebih yakin," kata Chee Meng.

Namun, kebimbangan keselamatan timbul apabila ada dalam kalangan penduduk mendakwa terdapat seorang individu yang dipercayai mengalami masalah mental telah merosakkan harta komuniti.

"Lelaki itu dirakam oleh kamera litar tertutup sedang merosakkan sebuah kuil kecil dan patung dewa di taman ini," kata seorang penduduk yang tidak didedahkan namanya.

Sehubungan itu, penduduk berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan taman komuniti terus terjaga. — The Star/KENJI NG KEN LIN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram