Liga Arab beri amaran, Israel bakal hilang keahlian PBB


  • Benua
  • Selasa, 12 Nov 2024

Kerosakan teruk di Gaza akibat serangan Israel.

KONFLIK di Timur Tengah melibatkan Palestin dengan Israel memaksa Liga Arab untuk meletakkan amaran buat wilayah haram tersebut.

Liga Arab memberikan isyarat untuk memastikan keahlian Israel di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dilucutkan menerusi mesyuarat agung.

Menurut Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmed Aboul Gheit, pihaknya dalam usaha untuk memastikan keahlian Israel di PBB dibekukan pada Mesyuarat Agung PBB yang akan datang.

BACA LAGI: [VIDEO] Israel hantar 2 pesawat, selamatkan penyokong bola sepak diserang di Belanda

BACA LAGI: [VIDEO] Nak buat 'stunt' tapi tersilap langkah, remaja maut terbabit kemalangan ‘aneh’ di India

Egypt's Foreign Minister Ahmed Aboul Gheit (L)  gestures towards his unseen Hungarian counterpart Janos Martonyi  prior to a meeting in Budapest on December 9, 2010.  Egypt's Foreign Minister Ahmed Aboul Gheit is on an official visit to Hungary.  AFP PHOTO / FERENC ISZA (Photo credit should read FERENC ISZA/AFP/Getty Images)

Ahmed Aboul Gheit.

Kata Aboul Gheit, usaha untuk membekukan keahlian Israel itu tidak boleh dilakukan menerusi mesyuarat Majlis Keselamatan PBB sebaliknya hanya menerusi mesyuarat agung.

"Kita akan saksikan kelak pembekuaan keahliaan Israel menerusi keputusan majoriti di Mesyuarat Agung PBB," katanya.

Pada masa yang sama, Liga Arab bersepakat untuk mendesak semua negara mengharamkan eksport dan import atau melakukan perpindahan senjata kepada Israel.

Mereka juga mendesak Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap rakyat dan pegawai ketenteraan Israel.

Usaha Liga Arab itu turut disokong oleh kerajaan Arab Saudi yang menghentam kekejaman Israel terhadap penduduk di Gaza.

"Kerajaan Arab Saudi memperbaharui penghentaman terhadap kegiatan genosid yang dilakukan Israel terhadap saudara kami di Palestin," kata Tengku Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram