
PENERBANGAN pesawat Korean Air KE658 dari Bangkok, Thailand, ke Seoul, Korea Selatan berdepan detik cemas selepas seorang penumpangnya untuk membuka pintu kecemasan Ketika sedang dalam perjalanan.
Kejadian pada Jumaat itu turut tular selepas video mengenai insiden berkenaan dikongsikan oleh penumpang yang berada di dalam penerbangan terbabit.
Berdasarkan klip tersebut, seorang lelaki dilihat berulang kali cuba membuka pintu keluar kecemasan pesawat, namun berdepan kegagalan.
BACA LAGI: [VIDEO] Harimau belang mati digilis lori di Banjaran Titiwangsa
Ekoran daripada itu, anak kapal terdiri daripada beberapa rang pramugari dan pramugara segera bertindak untuk menghalang Tindakan berkenaan.
Menurut kenyataan daripada Korean Air, suspek terbabit pada awalnya duduk di tempat duduk kru yang terletak berhampiran pintu kecemasan.
Passenger arrested after attempting to open an exit door on board Korean Air flight KE658.
In a statement Korean Air said a foreign male passenger was overwhelmed by crew and passengers on flight KE658 while flying between Bangkok and Seoul.
The passenger sat in a crew-only... pic.twitter.com/ARktP1DCYv
— Breaking Aviation News & Videos (@aviationbrk) November 9, 2024
Apabila diminta kembali ke tempat duduknya, dia menjadi agresif sebelum membuat ancaman kepada kru kapal semasa sebelum pergi ke arah pintu kecemasan.
Selepas mendapat kebenaran daripada juruterbang, anak kapal kemudiannya menahan penumpang terbabit dan memindahkannya ke tempat selamat bagi meredakan keadaan dan penumpang lain.
Difahamkan, situasi tersebut berlaku selepas sejam pesawat berlepas.
Namun, maklumat terbabit tidak dapat disahkan.
Pesawat Korean Air jenis Airbus A330-300 itu selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon Seoul, dengan suspek diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram