
SUASANA perayaan di daerah Eluru, wilayah Andhra Pradesh, India pada Khamis bertukar tragedi apabila seorang lelaki maut selepas bungkusan mercun dibawanya dengan menaiki motosikal meletup secara tiba-tiba ketika melanggar bonggol jalan.
Kejadian dirakam kamera keselamatan di lokasi itu turut mencederakan enam lagi mangsa lain yang berada di tempat kejadian.
Berdasarkan klip terbabit, mangsa, Durgasi Sudhakar dilihat sedang menunggang motosikal dengan seorang lagi pembonceng sambil membawa bungkusan mercun.
BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta
Bag of fire crackers exploded when a moving vehicle hit the speed breaker in #Eluru. One person was killed and six others sustained injuries during the explosion. pic.twitter.com/e036t0rZ1u
— The Times Of India (@timesofindia) October 31, 2024
Bagaimanapun, ketika sedang bergerak melintasi sebuah kuil, mercun terbabit dipercayai meletup sebaik motosikal terbabit melanggar bonggol jalan.
Turut kelihatan adalah beberapa individu yang sedang berkumpul tidak jauh dari lokasi kejadian.
Difahamkan, letupan besar itu tercetus akibat pergeseran yang berlaku ketika motosikal ditunggang mangsa melanggar bonggol jalan.
Durgasi yang berusia 30 tahun maut di tempat kejadian sementara pemboncengnya parah dan dirawat di hospital.
Lima lagi individu yang berada berdekatan lokasi turut tercedera. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram