TULAR sebuah rakaman kamera papan pemuka (dashcam) memaparkan kemalangan sebuah lori yang sarat membawa pasir di Lebuhraya Pasir Gudang, Johor pada Jumaat.
Berdasarkan video pendek itu, kenderaan tersebut kelihatan dipandu laju di lorong kanan sebelum ia tiba-tiba hilang kawalan dan menghimpit ke arah bahu jalan.
Ia kemudiannya gagal dikawal sehingga menyebabkannya terbabas ke pembahagi jalan di sebelah kiri, namun beberapa motosikal di laluan tersebut berjaya mengelak daripada melanggarnya.
BACA LAGI: MBPG bakal laksana kajian berskala besar atasi isu kesesakan jangka masa panjang
BACA LAGI: Hasilkan makanan di halaman rumah, penduduk Pasir Gudang menuju bandar rendah karbon
Bagaimanapun, beberapa keping foto yang dimuat naik di Facebook memaparkan lori tersebut melanggar belakang sebuah kereta berwarna hitam sehingga mengakibatkan kerosakan serius.
Namun, setakat ini, masih tidak dipastikan keadaan semasa pemandu lori dan kereta tersebut dengan orang ramai mengatakan terdapat kelibat ambulans berikutan kemalangan itu.
Menurut maklumat dikongsikan orang ramai, kemalangan itu berlaku berhampiran susur keluar Plentong dengan tiada sebarang kenyataan dikeluarkan pihak polis setakat ini.
Bagaimanapun, kemalangan itu jelas mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang cukup teruk dengan beberapa perkongsian mengatakan mereka tersangkut sehingga 40 minit di atas jalan raya.
Majoriti sudah menghubungi Jabatan Trafik Polis Daerah Seri Alam dan akan mengemas kini sebarang maklumat diperolehi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram