Misteri kematian makin rumit, rakaman CCTV papar Liam Payne pengsan sebelum terjatuh dari balkoni


  • Benua
  • Rabu, 30 Okt 2024

Payne (gambar kecil) maut selepas terjatuh daripada balkoni hotel didiaminya pada 16 Oktober lalu.

PEMUZIK, Liam Payne dilaporkan pengsan sebelum terjatuh dari balkoni hotel di Buenos Aires, Argentina pada awal bulan ini, menurut seorang wartawan yang didakwa merujuk kepada rakaman keselamatan litar tertutup (CCTV).

Wartawan Argentina Paula Varela ketika tampil di program Canal 13’s Socios Del Espectaculo pada minggu ini berkata, rakaman CCTV merakam detik-detik sebelum terjatuhnya bekas penyanyi One Direction itu dari biliknya di tingkat tiga di Hotel CasaSur Palermo pada 16 Oktober lalu.

Kenyataan itu turut memetik beberapa sumber.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

“Ada rakaman yang tidak disiarkan kepada media dengan adegan balkoni di mana anda melihat Liam pengsan, dan tragis kerana di mana dia berada menyebabkannya jatuh dari balkoni itu.

"Jika dia berada di sebelah katilnya, dia akan jatuh di atas katilnya,” kata Valera.

Malah, wartawan itu juga menafikan bahawa penyanyi itu sengaja melompat jatuh.

"Rakaman ini ada dalam fail kes rasmi,” ujarnya.

Walaupun kenyataan Varela selari dengan penemuan awal bedah siasat bahawa penyanyi itu 'mungkin jatuh dalam keadaan separuh atau tidak sedarkan diri sepenuhnya,' mereka turut mempertikai dakwaan pihak berkuasa bahawa Payne, 31, bertindak 'melompat dari balkoni'.

6129853032695971471

Payne merupakan bekas anggota One Direction.Agensi

Bedah siasat mendapat Payne mengalami pelbagai kecederaan traumatik yang mengakibatkan pendarahan dalaman dan luaran.

Beberapa saat sebelum kematian Payne, seorang penyambut tetamu hotel menghubungi perkhidmatan kecemasan, meminta bantuan untuk tetamu yang "membuat kekecohan' di biliknya dan dipercayai 'mengambil dadah'.

Pekerja hotel itu pada masa tersebut menyatakan kebimbangan terhadap keselamatan terhadap tetamu berkenaan memandangkan terdapat balkoni di dalam biliknya.

Laporan toksikologi menemui antaranya kokain, benzodiazepin di dalam dalam sistem badan Payne pada masa kematiannya.

Dalam pada itu, bukti menunjukkan 'seorang pekerja hotel bertanggungjawab mendapatkan bekalam dadah untuk Payne,' yang mungkin membawa kepada pendakwaan menurut sumber dalaman Pejabat Pendakwa Jenayah dan Koreksional Kebangsaan Argentina.

Pihak berkuasa minggu lalu menyerbu Hotel CasaSur sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap kematian Payne.

Sumber penguatkuasa undang-undang tempatan memberitahu TMZ bahawa mereka memberi perhatian khusus kepada objek kecil di dalam biliknya, termasuk kotak sabun Dov yang mungkin telah digunakan untuk pemberian dadah. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram