PELAJAR Malaysia di United Kingdom (UK) yang menyumbat bayinya di dalam kotak bijirin sejurus selepas dilahirkan pada Mac lalu dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dengan tempoh minimum 17 tahun.
Tertuduh, Teo Jia Xin, 22, dijatuhi hukuman di Mahkamah Warwick Crown, UK pada Jumaat kerana membunuh.
Sebelum ini, tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu selepas mayat bayi itu ditemui disumbat dalam kotak tersebut sebelum ia dimasukkan ke dalam plastik dan disembunyikan dalam beg pakaian.
BACA LAGI: Pelajar Malaysia di UK mengaku bersalah bunuh, sumbat bayi baru lahir dalam kotak bijirin
BACA LAGI: Sudah seminggu tanpa tindakan, ibu buntu kesihatan anak merosot akibat dibuli, ditendang di sekolah
Menurut Crown Prosecution Service (CPS), Teo mengandung bayi itu selama sembilan bulan sebelum melahirkannya pada 4 Mac lalu.
Pendakwa raya memaklumkan keadaan bayi berkenaan masih hidup selepas dilahirkan dan Teo sedar bayi itu akan mati jika dia memasukkan mangsa ke dalam kotak.
Polis West Midlands telah ke kediaman Teo dua hari selepas suspek ke hospital di mana pemeriksaan menunjukkan ada tanda-tanda dia melahirkan anak.
Tertuduh turut mendakwa mendengar suara mengarahkannya untuk membuang bayi itu namun dakwaan tersebut ditolak oleh juri.
Teo juga tiba di Britain ketika mengandung dan percaya akan melahirkan bayi itu serta mendapatkan bantuan, akan tetapi dia bertindak merahsiakan kehamilannya untuk menghalang sesiapa daripada menemui bayi berkenaan. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram