PENDUDUK yang tinggal di sepanjang Jalan PJU1/23 di Kampung Chempaka, Petaling Jaya, Selangor kini mempunyai akses yang baik ke rumah mereka selepas jalan tanah yang lama diturap dan dinaik taraf.
Naik taraf jalan sepanjang hampir 500m dan lebar 5m ini menelan kos RM165,000, yang dibiayai oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.