Perompak berparang makin aktif sekitar Bandar Baru Salak Tinggi, polis nasihat penduduk berwaspada


  • 112
  • Selasa, 22 Okt 2024

Polis nasihat penduduk berwaspada selepas dua kes pecah rumah dilaporkan terjadi dalam tempoh dua minggu di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.

SEKUMPULAN perompak bersenjata dipercayai aktif di Sepang, Selangor selepas polis mengesan dua kes pecah rumah yang dilaporkan terjadi dalam tempoh dua minggu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang, Superintenden Shan Gopal Krishnan berkata, kejadian rompakan itu dikesan berlaku di kawasan Bandar Baru Salak Tinggi.

Dalam kes pertama yang direkod pada 6 Oktober lepas, sebuah keluarga diikat oleh penjenayah kira-kira sekitar pukul 3.30 pagi selepas rumah mangsa dipecah masuk melalui pintu belakang.

BACA LAGI: [VIDEO] Buku teks Sejarah dijadikan komik, Azrin Ahmad bijak tarik minat pelajar dapat 'result' cemerlang

BACA LAGI: Pernah hampir lemas, jurufoto wanita bertahun-tahun elak laut angkara fobia sebelum kembali mencipta nama

“Wang, barang kemas dan barangan peribadi telah diambil,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Shan Gopal berkata, kejadian kali kedua pula direkodkan pada Ahad lepas yang membabitkan seorang ibu dan anaknya diikat sebelum suspek melarikan jam tangan, wang tunai dan barang kemas.

“Dalam kedua-dua kes, suspek dikatakan warga asing dan bergerak dalam kumpulan tiga atau empat orang.

“Mereka akan bersenjatakan parang sambil bertopeng dan berbaju gelap serta menyasarkan rumah berhampiran hutan," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram