[VIDEO] Tak cukup libas guna pisau potong daging, penyamun helmet kuning siap paksa 2 wanita transfer duit guna e-wallet kat kedai dobi Kuching


  • Berita
  • Khamis, 22 Feb 2024

Tangkap layar kejadian seorang lelaki merompak menggunakan pisau pemotong daging di sebuah kedai dobi di Milan Square, Kuching, Sarawak pada Ahad lepas.

DUA wanita mengharungi detik getir apabila dirompak seorang lelaki berhelmet kuning dalam kejadian berhampiran Milan Square, Kuching, Sarawak pada Ahad lepas.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular sejak Rabu menunjukkan, pada awalnya, dua orang wanita itu sedang menunggu pakaiannya siap dibasuh di sebuah kedai dobi.

Secara tiba-tiba, seorang lelaki menyerbu masuk dengan membawa sebilah pisau pemotong daging dan cuba menyerang wanita berkenaan dengan senjata itu beberapa kali.

Suspek kemudian merampas telefon kedua-dua mangsa dan dipercayai memaksa mereka untuk memindahkan duit menggunakan sistem e-wallet.

BACA LAGI: 'Saya fokus dekat Iqbal dan Datuk Vida', komposer terkenal enggan buat lagu raya untuk Datuk Seri Aliff Syukri

BACA LAGI: CNBLUE kembali ke Malaysia selepas satu dasawarsa

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna geram akan tindakan tidak bermoral itu.

"Banyak perompak sekarang, hati-hati kita semua, kalau kedai dobi lengang tak payah cuci sana atau di jalan- jalan yang sunyi. Kita harus berwaspada, penjahat ada di merata tempat walau apa pun semoga kita semua di jauh dari penjahat," tulis Ruby Sarah.

"Gila orang macam ni tak bekerja malas. Nak menyamun sahaja kerjanya," tulis Zaidah Roslan.

"Orang perempuan kalau nak pergi dobi bawalah senjata, asyik jadi mangsa ragut. Geram hati aku," tulis Rossz Dieya.

Belum ada kenyataan pihak berkuasa berhubung insiden itu setakat ini. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram