Paip pecah di Jalan Sultan Ismail bukan berpunca daripada mendapan tanah, kerja penurapan giat dijalankan


  • Primer
  • Isnin, 23 Sep 2024

Paip air bawah tanah yang pecah di Jalan Sultan Ismail. — PGOKL

KEROSAKAN paip dan jalan susulan insiden paip pecah di Jalan Sultan Ismail, di Kuala Lumpur pada Isnin akan dibaiki secepat mungkin.

Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan pada Isnin, menjelaskan kejadian itu bukan berpunca daripada mendapan tanah sebaliknya kerosakan akibat tekanan air yang tinggi di dalam paip air berkenaan.

BACA LAGI: [VIDEO] DBKL nafi dakwaan video tular kejadian lubang benam baharu di Jalan Sultan Ismail

BACA LAGI: [VIDEO] Rempuh motor polis di Telok Panglima Garang, 3 perompak naik SUV diburu

"Secara amnya, kejadian paip pecah boleh menyebabkan kerosakan jalan di sekitar kawasan terbabit kerana tekanan air yang tinggi dalam sistem paip.

"Tindakan segera untuk kerja pembaikan paip sudah dilaksanakan dan siap pukul 5 petang (Isnin)," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Dalam kenyataan sama, Air Selangor memaklumkan kerja-kerja penurapan dan pembaikan jalan sedang dijalankan.

gambar isi isi isi

Tangkap layar video memaparkan pihak bomba sedang mengawal di lokasi yang tular sejak Isnin selepas mengalami kejadian paip pecah berdekatan Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Tambah agensi kerajaan itu, segala proses pembaikan dijangka selesai dalam tempoh 24 jam namun ianya bergantung kepada keadaan semasa cuaca.

"Sebarang perkembangan lanjut berkenaan kejadian ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

"Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat berhubung Air Selangor menerusi saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram