‘Basic football pun ke laut’, ada sebab fans Sang Penyu mula salahkan pemain lokal selepas ketiadaan Tomi


  • Podium
  • Isnin, 21 Okt 2024

Sebahagian aksi menarik apabila pemain Sang Penyu gagal menembusi pintu gawang Sang Kenari yang dijaga ketat oleh Ifwat Akmal (jersi ungu). — Facebook/TFC

KEM Terengganu FC terpaksa menelan pahit apabila tunduk kepada Kedah Darul Aman (KDA) dengan keputusan tipis 0-1 di laman lawan dalam saingan Liga Super 2024 pada Sabtu.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah itu menyaksikan anak-anak buah Nafuzi Zain berjaya meraih tiga mata berharga selepas tiga kali keciciran poin di laman sendiri sebelum ini.

Gol tunggal yang terhasil di bumi Kedah itu menerusi tandukan pemain pertahanan Sang Kenari, Jose Cleylton pada penghujung perlawanan babak pertama.

BACA LAGI: Baru aksi pertama, penyokong TBG sudah persoal risiko keselamatan tempat duduk Stadium Manjung

BACA LAGI: [VIDEO] Selepas Luciano Guaycochea, Syafiq Ahmad pula 'belanja' skil takraw

WhatsApp Image 2024-10-21 at 14.27.53

Pemain Sang Penyu gagal menyekat serangan barisan pemain Kedah (jersi hijau kuning). — Facebook/TFC

Meskipun dilanda konflik dalaman dan isu tunggakan gaji yang ketika ini belum menemui jalan penyelesaian, namun kualiti permainan yang ditampilkan oleh Sang Kenari patut diberi pujian.

Bagaimanapun, berbeza cerita di kem Sang Penyu yang seperti tiada pihak hendak dipersalahkan selepas sebelum ini kerap menuding jari kepada bekas jurulatih mereka, Tomislav Steinbruckner.

Dia yang sudah direhatkan kerap dijadikan 'kambing hitam' atas prestasi tidak menentu pasukan dengan keputusan kurang menyerlah disaksikan sepanjang beliau menjadi jurulatih TFC.

Pengendali kelahiran Croatia itu menerima kritikan hebat penyokong Terengganu akibat prestasi menurun kelab berkenaan selepas tewas 0-1 di tangan Selangor FC, seri 1-1 bertemu Sabah FC dan Sri Pahang FC sebelum liga berehat.

Kekalahan skuad Sang Penyu di tangan pasukan Utara tanah air itu nyata bukan satu keputusan membanggakan buat penyokongnya yang mula menyedari kesalahan tidak boleh diajukan kepada Tomislav.

Ini kerana mereka melihat pemain tidak memberikan aksi terbaik meskipun rata-rata daripada mereka mempunyai kualiti untuk membawa skuad Sang Penyu ke tahap seterusnya.

"Fakta yang sebetulnya adalah pemain lokal kita ke laut, basic football pun out," kata Famierul Amie.

"Pemain yang bermasalah sebenarnya ini, tiada kesungguhan bermain dalam perlawanan," kata Ibrahim Hussin.

"Tukarlah jurulatih mana pun, kalau pemain yang bermasalah, sepakan penjuru banyak pun kalau tak pandai main sama juga," kata Asmawai Azmizi.

"Ini sahaja rupanya kemampuan pemain Terengganu, tiada Tomi pun sama juga pula," kata Ibnu Latif. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram