KUALA Lumpur Thunder terus mengukuhkan status mereka sebagai kuasa besar dalam saingan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2024 selepas menewaskan Perak Bison 2-0 (15-12,15-10) dalam perlawanan akhir Grand Prix (GP) Penang di SPICE Arena, Bayan Lepas, Penang pada Ahad.
Kemenangan itu menyaksikan pasukan Lembah Klang berkenaan merangkul trofi GP buat kali keempat berturut-turut sekali gus memastikan mereka mendominasi sepanjang saingan STL berlangsung.
Sebagai rekod, KL Thunder sebelum ini bergelar dalam juara GP Selangor, GP Terengganu dan GP Perak.
BACA LAGI: Baru aksi pertama, penyokong TBG sudah persoal risiko keselamatan tempat duduk Stadium Manjung
BACA LAGI: [VIDEO] 'Minta maaf saya kepala', import Selangor Pistons salah baca 'arahan'
Menariknya perlawanan akhir tersebut, penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Syafiq Ahmad yang turut hadir di venue berkenaan sempat menghiburkan para penyokong dengan cuba menimbang bola rotan tersebut.
Bukan sahaja berbakat di atas padang, malah Syafiq turut menunjukkan kebolehannya di gelanggang takraw.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Astro Arena di Tik Tok, Syafiq Ahmad yang juga pemain pinjaman Kedah Darul Aman FC dari JDT itu dilihat bersemangat dalam menampilkan kemahirannya menimbang bola rotan tersebut.
Malah, pemain berketinggian 1.73 meter itu juga dilihat menunjukkan bakatnya sebagai seorang perejam (killer) dengan membuat libasan.
Sebelum Syafiq, saingan STL GP Perak sebelum ini dihiburkan dengan dua tonggak Perak FC iaitu Luciano Guaycochea dan Wan Zack Haikal.
Dalam video tersebut, kedua-dua pemain The Bos Gaurus (TBG) itu sempat menghiburkan para penyokong dengan mencuba menimbang bola rotan tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram